Saturday, June 13, 2015

#27: Pengedar Shaklee Area Kampung Melayu Subang, Selangor.

Biiznillah…

Secara rasminya (awatlaaa kami tak war-war dari awal dolu-dolu…hehehe), saya dan suami merupakan Shaklee Independent Distributor (SID) atau nama lainnya, Pengedar Bebas Shaklee untuk kawasan Kampung Melayu Subang. Kampung Melayu Subang merupakan daerah di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) @ berada di dalam kawasan Mukim Sungai Buloh 2 @ di dalam kawasan Parlimen Subang.



Apa yang anda dapat daripada kami?

Sudah tentunya:
-          Khidmat nasihat mengenai produk yang dapat memberikan manfaat untuk menjawab permasalahan anda, insya Allah
-          Belian produk secara COD; anda bayar dan dapat produk serta-merta (tak perlu tunggu posmen datang..hehe)
-          Daftar menjadi ahli Shaklee dan nikmati manfaat2 yang hebat!
-          Support group yang berpanjangan; bukan semestinya atas dasar bisnes, tetapi lebih kepada ukhuwah fillah dan bersama2 belajar di antara satu sama lain untuk upgrade ilmu dan pengetahuan kesihatan.

Boleh dapatkan produk Shaklee secara Cash On Delivery (COD) di kawasan2 liputan kami:
-          Kota damansara
-          Kampung Melayu Subang
-          Lapangan Terbang Skypark
-          Ara Damansara
-          Subang Perdana

Kalau nak lajak terlebih 1, 2 kawasan masih boleh diterima..hehehe…

Selain daripada tempat2 dinyatakan, kami bersedia memberikan servis melalui postage.


Boleh call @ SMS @ Whatsapp: 012-3198354 atau 013-3528860 untuk servis kami yang insya Allah tidak akan anda sesali! ;-)

**************************************************
Fadhilat Asma'ul Husna - Al Fattaah (Maha Pembuka)
Sesiapa yang meletakkan tangannya di atas dada selepas solat Subuh dan membaca nama ini 70 kali, maka Insya Allah cahaya iman akan menerangi hatinya.

Wednesday, June 10, 2015

#26: Cerita Post-NC Shaklee

Biiznillah...

Sebelum ni dah cerita Pre-NC Shaklee kat sini. Hari ni nak cerita kesah Post-NC pulak...hehehehe...layan kan je lah aku ni...

Sebenarnya, tak dapat pergi pun NC hari tu...;-((((....sedihhhhh...terpaksa balik kampung..tak dapat nak elak....hukhukhukhuk...meng-happykan diri tengok update kawan2 kat FB jek...dengan WA...eh tapinya, balik kampung pun happy gak...bukan tak happy...tapi kalo gi NC pun best gak...uwaaaaaa....

Anyway, takpe...it's ok...ada hikmahnya...Allah knows best ;-)

Sedutan suasana NC yang lalu:


Best kan..best kan...terasa-rasa aura dia walaupun sayup2 je...huhuhu...(ala, nak pegiiii ;-((...)

Tengah tunggu kawan2 ter-chenta mengupload video speaker2 yang hebat...Sempat tengok video Master Aya je. Menghadam point2 penting beliau...Katanya, nak buat apa2, kena ada target...Bagaimana Thomas Edison boleh mencipta lampu? Bagaimana Mark Zuckerberg mampu menjadikan dunia tanpa sempadan dengan fesbuk?..=> Semuanya bermula dengan goal setting! Then, Master Aya ceritakan kisah bagaimana dia letak goal setting dia, apa yang dia dapat bila dia start buat goal,..hmmm, tengok video nye pun rasa best..kalau aku ada sana mesti menusuk2 jiwa dengar dia berucap! (tak abes lagi tu rasa regret tak datang NC...huhuhu)

Kena aim HIGH! 
Dream BIG!
Live Your Dream, Set Your Goal and Go For It!

Kena tulis impian yang kita nak capai..tampal di tempat2 yang selalu dilihat supaya setiap hari kita lihat impian kita...Buat Dream Board / Vision Board...Kuasa Law of Attraction kat sini!

Cerita speaker2 lain, tak dapat full length lagi..nanti kalau tulis, tersekat2 pulak..(cepat la ye mamidedi neniatok upload video2...hehehehe..)

End of 2nd day, seperti yang dah tulis kat entry sini, persembahan Ella...takde la minat sangat Ella nih...melentok2...tapi lagu2 dia ada la jugak mesejnya..tak semua yang buruk tu kita rasa buruk je kan....hehehe...dia nyanyi lagu "Standing In The Eyes Of The World"..ok, lagu nih memang best! Lirik dia memang macam main tuju2 je dekat SID2 nih...hehehe

Pahit getir hidup...dan pengorbanan
Terpaksa dihadapi, demi kejayaan
Terdidik sejak mula, tabah berusaha
Tanpa cuba melangkah, , tak ke mana
Di mana kau berada
Pencapaian tak tiba dengan mudah

Kini "Standing In The Eyes Of The World"
Hanyalah selangkah dari nyata
Keazaman membara dijiwa
Menanti saat bebas merdeka
Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemeangt ke arah matlamat sedaya upaya
Engkau terunggul
Wajar "Standing In The Eyes Of The World"

Harapan yang pernah terkulai layu
Kembali segar mekar bawah bayanganmu
Setiap manusia ingin berjaya
Namun tak semua miliki tuah
Engkau menghampirinya
Kesempatan telah pun tiba...




Tengok gambar2 yang datang semua hepi2...seronok ye korang dapat naik pentas...bergambar2 bagai....hihihihi...nanti tahun depan, insya Allah ai lak yang naik pentas tu...,hihihihi..amiiin!!

Selingan: Kot ada reader yang baca sampai habis ni nak tanya pasal produk Shaklee, jangan lupa,

Hubungi: 

012-3198354 (Farisya) 013-3528860 (Nasrul) 
SID ID: 912713 
 COD: Kampung Melayu Subang / Kota Damansara / Kajang 
POS: Nationwide 

 ************************************************** 

Fadhilat Asma'ul Husna - Al Qaabidh (Maha Pencabut)
Sesiapa yang selalu membaca nama Allah yang ini maka dia akan terselamat daripada kelaparan, dahaga dan sebagainya, insya Allah.

Monday, June 8, 2015

#25: Vitalea dah 100 tahun!

Biiznillah..



Kalau nak tau, produk Shaklee yang paling evergreen dan tertua sekali ialah...Vitalea! Produk ini adalah yang pertama sekali Dr. Forrest C. Shaklee cipta pada tahun 1915. Nama asalnya Vitalized Minerals. (Dan tahukah anda, perkataan 'VITAMIN' yang digunakan sekarang berasal daripada produk ini!..hehehe) Asalnya, rupa botol Vitalea tu macam ni:

Rupa bentuk Vitalea pada tahun 1915
Tapi sekarang, rupa dia dah macam ni:

Rupa bentuk Vitalea pada tahun 2015

Disebabkan dia adalah produk yang pertama sekali dicipta ole Dr. Shaklee, maka secara tak langsung Vitalea dah jadi macam produk utama Shaklee di antara banyak2 produk Shaklee yang lain. Dr. Shaklee mencipta Vitalized Mineral ni untuk diberikan kepada pesakit yang telah menjalani pembedahan. Ia dirumus khas untuk dijadikan sebagai kegunaan harian - yang mengandungi kandungan vitamin dan mineral yang meluas.

Dr. Shaklee berpendapat untuk mengekalkan keupayaan tubuh badan manusia berfungsi dengan baik dan mengekalkan kesihatan yang baik untuk sepanjang hayat, vitamin dan mineral yang diambil perlulah diperoleh atau diolah melalui seberapa banyak bahan-bahan semulajadi => dan ini yang menjadi filosofi @ pegangan pihak syarikat sehingga ke hari ini. Seiring dengan kemajuan dalam bidang pemakanan manusia, ahli2 sains R&D Shaklee akan memastikan rumusan baru untuk Vitalea (dan juga produk2 lain) dipertingkatkan dengan lebih baik, termasuk teknologi yang lebih baik dalam penyediaan bahan2 bioavailabiliti yang terlibat.

Sebenarnya, kalau diikutkan, sejak pembuatan awal lagi, Vitalea dah melalui banyak proses pembaikan, atau orang panggil inovasi. Di Shaklee Canada, asalnya ada satu jenis Vitalea untuk dewasa, yang mengandungi iron@zat besi. Basically, untuk remaja yang semakin meningkat dewasa, wanita hamil dan orang dewasa (lelaki atau wanita) yang kekurangan zat besi. Kemudian apabila kajian saintifik dibuat menunjukkan bahawa lelaki dewasa dan wanita menopos tidak memerlukan zat besi tambahan (sebab mereka di sana mendapat cukup keperluan zat besi melalui diet harian mereka), maka Shaklee pun cipta pula Vitalea tanpa zat besi.

Apabila penduduk Amerika Utara menghadapi fasa generasi 'Baby Boomer', Shaklee cipta pulak Vitalea Gold yang dirumus khas untuk orang dewasa yang berusia lebih 50 tahun (ada extra anti-oksida)..(Kau dah kenapa ni Opie cerita pasal Vitalea dah masuk Baby Boomer pulak...adooo, pening....huhuhu..eh, tapi menarik pulak cerita Baby Boomer ni...ada yang nak tau ker?kalau nak tau, boleh kita bukak entry baru kan...)..Kiranya antara tahun 1946 hingga 1964 laaa penciptaan Vitalea Gold nih..

Dan kemudian pulak, bila saintis2 Shaklee buat penyelidikan, they found out sesetengah orang dewasa ni tak memerlukan Vitamin K pun dalam diet harian mereka. Biasanya untuk mereka yang berusia lebih 50 tahun yang mengambil ubat anticoagulant (ubat anti penipisan darah) dan perlu mengelakkan sebarang pengambilan diet yang mengandungi Vitamin K. Vitalea ni diorang namakan Vitalea Gold Tanpa Vitamin K.

Terbaru, Shaklee keluarkan pula Vitalea For Children, dirumus khas untuk anak2 kita yang pastinya mereka memerlukan nutrisi yang seimbang untuk tumbesaran mereka.

Vitalea for Children yang ada di pasaran Malaysia

Tapinya, yang dijual di Malaysia hanya Vitalea With Iron Formula dan Vitalea for Children je. Yang banyak2 tu tak masuk pasaran Malaysia pun.

Jadi, bersempena dengan meraikan umur 1 Abad untuk Vitalea, sepanjang bulan Mei 2015 hingga Oktober 2015, pihak Shaklee dengan berbesar hati akan memberi sebotol Vitalea secara PERCUMA kepada semua ahli-ahli yang baru mendaftar, dengan sedikit syarat yang minimal. Eh, berbaloi ni...sapa yang tak nak!

Satu, sebab barang FREE...memang payah sikit orang kata tak nak...
Dua, jimat RM88 ni harga dia! Lagi2 kalau ada yang nak beli produk lain dengan Vitalea sekali, boleh dapat Vitalea macam tu je dengan harga RM69!(RM69 ni ialah lifetime membership fees)

So, jom! Roger saya...saya akan terangkan lebih detail lagi pasal ni ;-)




*Sumber info: Technical Services Dept. Info. Sheet, Shaklee Canada Inc.


Hubungi: 
012-3198354 (Farisya) 013-3528860 (Nasrul) 
SID ID: 912713 
 COD: Kampung Melayu Subang / Kota Damansara / Kajang 
POS: Nationwide 

 ************************************************** 

Fadhilat Asma'ul Husna - Al-A'liim (Maha Mengetahui) 
Sesiapa yang membaca nama ini dengan banyak, Allah s.w.t akan membuka pintu pengetahuan dan hikmah untuknya. Hatinya akan dipenuhi dengan Makrifah Allah s.w.t.

Saturday, June 6, 2015

#24: SEBUAH PENGAKHIRAN SIRI 'LELAKI TUA BERKAIN PELIKAT'...

Bismillah..

Akhirnya telah habis kesemua siri 'Lelaki Tua Berkain Pelikat' yang dikongsi oleh Tuan Roslan Abd Hamid di FB nya. Menarik...Sangat menarik..

Terpukul dengan kata-katanya apatah lagi...

Selagi masih belum sampai ajal, masih sempat untuk bermuhasabah dan berubah.. Allah itu Maha Penyayang yang tiada tandingan..

Ringkasannya, boleh dirujuk di sini juga:

siri 1

siri 2

siri 3

siri 4

siri 5

siri 6


Apa-apa pun jangan di lupa...

Pengedar Shaklee anda yang sah ~ Farisya a.k.a Opie

Hubungi:
012-3198354 (Farisya)
SID ID: 912713

COD: Kampung Melayu Subang / Kajang
POS: Nationwide

**************************************************
Fadhilat Asma'ul Husna - Al Ahad (Maha Tunggal)

Seseorang yang mahu rasa takut dan cintanya terhadap sesuatu lenyap dari hatinya harus membaca nama 1000 kali dalam sehari.

Wednesday, June 3, 2015

#23: Semangat National Conference 2014 / 2015!!!

Biiznillah...

Hujung minggu ni seluruh organisasi Shaklee ada event besar...event tahunan....event julung-julung kalinya pada setiap tahun....event yang meraikan...event yang diraikan...waahhhh, gituuuu!! Eh, ini event Shaklee Malaysia, tapi jemputannya meliputi seluruh Shaklee di seluruh dunia macam Indonesia, US, Jepun dll. Yang bukan ahli Shaklee yang sah pun BOLEH hadir..dengan syarat kena beli tiket untuk event ni dulu, samada kat Branch atau HQ Shaklee (Nak beli kat member Shaklee pun bolehhh...kena tanya la mereka. Mereka sangat berbesar hati untuk dapatkan tiket itu untuk anda ;-))




Tarikh: 6 - 7 June 2015 (5 - 7 June tu event untuk award achiever)
Hari: Sabtu & Ahad
Tempat: MIECC Mines Exhibition Centre, Seri Kembangan, Selangor
Agenda: Star Achiever Award Recognition

Antara agenda dalam event ni ialah mengiktiraf pencapaian ahli-ahli Shaklee @ Shaklee Independent Distributor (SID) untuk sepanjang tahun cycle Mac 2014 sehingga February 2015. Ya, itulah period untuk cycle tahunan Shaklee. Jangan ditanya kenapa, nanti dah tau ai update sini..hehehehe

Jadi, semua SID2 yang layak akan mendapat pengiktirafan akan dijemput naik ke atas pentas untuk menerima anugerah dari segi piala, sijil ataupun cek besar (yang ni lepas award, Shaklee akan cash in ler dalam akaun bank masing-masing.) Satu penghargaan kepada mereka selepas mereka berusaha sehabis baik untuk sepanjang cycle yang lepas dan syarikat ambil kesempatan untuk meraikan mereka2 ni. Terharu kan? Ada juga orang yang menghargai penat lelah kita ..sebagai tanda terima kasih la tu sebab kita dah tolong promote kan produk2 Shaklee yang best dan hebat2 tu. Mana nak dapat company yang cenggini..(eh, ke ada? Entah lah..huhuhu)

Yang menariknya event ni, dia punya highlight of the day ;-)
Gambar dari Blog Kak N
Antara highlights utama:
* 2014 / 2015 Star Achiever Awards Recognition - ni event untuk penerima2 award.
* Master Coordinators' Sharing - sharing2 mereka ni biasanya hebat2 belaka sebab..mereka ni rakyat marhein je, macam majoriti kita..bukan celebriti, bukan ahli politik, bukan anak VVIP, bukan, bukan...jadi sedikit sebanyak, apa yang mereka ceritakan tu biasanya memang kena dengan hati dan masyarakat kebanyakan ;-)
* Mobile App Launch - kira macam launching new product laa..tapi kali ni Shaklee nak launch Mobile Apps..best kan kan??
* Product Promotion - ada 2 produk yang ada promo untuk 2 hari ini, iaitu Vitamin C SR dan Collagen Powder -> buy 6 free 1 @ beli 6 dapat 7 ;-)
* Goodie bag - Jute Bag Shaklee yang best, Shaklee shaker, pelekat roadtax kereta Shaklee, pen, booklet NC, 4 sachet Collagen Powder Shaklee dan voucher bernilai RM50 untuk pembelian Vivix, Phytocol ST atau Collagen Powder.


Ni antara speaker2 hebat yang akan bagi motivational sharing

Pada 6 June 2015, ada 3 speaker jemputan untuk berkongsi pengalaman2 mereka..
Pada 7 June 2015, ada 4 speaker jemputan yang lain untuk bercerita mengenai pengalaman mereka..
=> yang mana 5 daripada 7 orang speaker ini adalah daripada team kesayangan saya!!! (Euphoria - Jutawan - IReach...ini antara team terbesar saya dalam Shaklee. Proud to be one of them!)
Mereka2 ni akan berkongsi dengan topik masing2 pasal penglibatan mereka dengan / dalam Shaklee. Menarik okeh!

Dan of course, highlight of the event yang semua SID tak sabar nak tengok ialah performance ELLA!!!!!Wow, mesti gamat hall tu nanti! Tahun lepas Faizal Tahir - lagu 'Gemuruh Jiwa'..memang gemuruh la dibuatnya..hahaha..Tapi jangan ada yang konpius pulak, mereka ni bukan duta Shaklee. Sekadar artis jemputan saja. (Shaklee mana pakai artis2 ni sebagai duta..yang mana tau artis yang pakai Shaklee tu sebab artis tu sendiri promote dia guna Shaklee..kita rakyat marhein...kihkihkih!)

Saya dah merasa pergi event ni tahun lepas (2014). Dia punya semangat @ punya aura @ punya feeling masa masuk dalam dewan tu, Ya Allah Subhanallah Allahuakbar...Allah je tau perasaan saya..tak tau nak gambarkan macamana. Apa yang saya tau, saya rasa sangat positif; berada dalam lingkungan orang2 berjaya..dalam lingkungan orang2 positif..jumpa org2 yang kita follow kisah2 kejayaan mereka...talk2 yang menaikkan semangat...hmmmm, rugi sebenarnya kalau tak pergi..best wooo!!

(yang tang naikkan semangat tu tak sure la kot pakai speaker yang high volume nye sebab nak kasik dengar satu dewan ke apa ke...tapi yang penting, feeling tu ..tah, lain lah..tak tau nak cakap..have to experience by yourself once ;-))

Next yang best masa event ni ialah dia punya goodie bag. BEST OKEH!!! Yang kali ni punya lebih kurang sama macam tahun lepas. Hehehehehe..ini pun tarikan jugak ni ;-)
Tapi semua ni akan dapat masa registration tu nanti. Bawak tiket kat kaunter, dapat wrist band dan goodie bag, then enjoy the event!

Cakap banyak pun tak tau sangat...kena tunggu event hujung minggu ni baru boleh cerita lanjut..hehehe!


Hubungi: 012-3198354 (Farisya) 013-3528860 (Nasrul) 
SID ID: 912713 
COD: Kampung Melayu Subang / Kota Damansara / Kajang 
POS: Nationwide 

 ************************************************** 

Fadhilat Asma'ul Husna - Al Ghaffaar (Maha Pengampun) Seseorang yang membaca nama ini 100 kali selepas solat Asar, Allah s.w.t akan meletakkannya di kalangan orang-orang yang telah diampunkan dosa-dosanya.