Tuesday, August 5, 2014

#10: SIRI 3 - KISAH LELAKI TUA BERKAIN PELIKAT ... 11 - 15

Bismillah..

Sambungan daripada SIRI 2:-

(SIRI 1 di sini)...

*******************************************************************************
11. Mula berniaga, usah buat pinjaman. Cukup dengan apa yang ada ditangan. Itu masa kita belajar. Berniaga ini seni. Kita sahaja tahu maksud lakaran. Terbakar tangan biasa. Namun, dengan duit sedikit kita tak rasa sangat panasnya. Usah samakan orang dengan kita. Mereka lain tak serupa.

(Kedai mula mula di mulut sahaja.) 
Senyum mesra, mulut manis. Usah sombong. sentiasa tegur dan sapa manusia. Kita berniaga dengan manusia.Berniaga dengan siapa sahaja. Andai kata kita kaki surau. Berniaga dengan orang surau tidak jadikan kita kaya. Berniaga dengan semua orang walaupun dia haprak keparat. Yang penting tunai. Ada duit kita cerita. Ada barang kita jual.

12. Modal kita adalah daya penarik yang pada diri kita. Daya penarik adalah ciri yang ada dalam diri ang buat orang lain rasa senang dengan kita. Cari ilmu tentang produk. Apabila orang tanya jawab dengan lancar dan petah. Jelas. sebut satu demi satu. Usah ragu ragu dan termanggu. Kongsi bukan jual. Ingat sentiasa kongsi dengan semangat membara. Orang jatuh cinta dengan semangat kita.

13. Apa lagi..ahaaa..masa mula niaga biar mendalam dulu. Usah cepat mahu melebar. Fahamkah apa pakcik cakap. Maksudnya biar berjaya satu demi satu.Apabila mula guna modal sendiri, kemudian buat sungguh sungguh sampai berjaya. Lepas dah nampak hasil, mula lebarkan. Masa itu boleh la mahu buat pinjaman. Kita sudah ada ilmu bisnes.

(Cukuplah tu. Masa ni Lelaki Tua Berkain Pelikat sudah mahu berhenti. Saya senyum peluk dia dan kata, "baharu ada 13 anak sungai di syurga. Tambah sampai 20". Saya buat contengan kata dia dalam kepala)

14. Kita kena buat promosi apa jua yang kita bisnes. Produk tak boleh bercakap. Sejak bila pula lah produk boleh bercakap. Orang kena tahu apa yang kita buat. Caranya buka bank emosi dengan setiap pelanggan kita. Pelanggan yang puas hati datang lagi. Datang lagi. Sekarang pun Pak Cik masih buat bisnes sikit sikit. Perumahan. Pak Ciik buat lima rumah sekali siap. Siap baharu jual. Pak Cik buat cantik. Jual mahal. Orang beratur mahu beli. Jual barang siap. Usah jual barang dalam laut yang tidak tahu tersangkut pada pukat atau tidak. Tidak berkat begitu.

15. Apabila bisnes sudah maju, usah berlagak. Dahulu Pak Cik suka gunting rambut kedai Nawi. Dia tanya "Bagaimana Pak Cik mahu gunting rambut? Pak Cik jawab , "Dengan senyap senyap tapi cantik". Anak fahamkah apa Pak Cik cakap ni? Jawab saya, "Faham Pak Cik, saya juga gunting rambut disitu sejak umur 15 tahun". Hehehe. Maksudnya usah gosip sana gosip sini, balun orang sana balun orang sini. Usah peduli rambut atas kepala orang lain. Apa yang utama rambut kita tersisir rapi.

Bijak anak ni. Apa nama? Yesss. Dia sudah tanya nama saya. Maknanya saya sudah dapat Mentor Lelaki Tua Berkain Pelikat.



**************************************************
Fadhilat Asma'ul Husna - Al Malik (Maha Memerintah; The King, The Sovereign)

Apabila dizikirkan sebanyak 121X setiap pagi atau setelah tergelincirnya matahari, segala pekerrjaan yang dilakukan setiap hari akan mendatangkan berkat & kekayaan yang diredhai Allah.

No comments:

Post a Comment

Jom Komen! ;-)