Biiznillah...
Setiap bulan Shaklee mesti ada buat Health & Wellness Talk pasal topik2 tertentu. Dan Insya Allah, setiap bulan mesti join salah satu kelas ilmu ni. Boleh nak baca sendiri...tapi lebih baik belajar berguru kan...lebih ummpphhh! hehehe...
Tajuk
H&W bulan April 2015 ni pasal Kesihatan Minda. Hari tu join yang kat
Hotel Amani, Bangi. Suka sangat sebab Shaklee dah buat on weekend..dekat dengan
rumah lak tu. Jimat borang cuti ai. Hehehehe…
Nutritionist
Shaklee, Nurul Hidayah, start dengan soalan macamana nak kekalkan minda kita
supaya kekal tumpu dan sentiasa fokus; penting sangat ke nak jaga minda
ni.. okey, pernah tak korang alami keadaan yang:
- Kita nak sebut satu2 perkataan tu, tapi tak tercakap nak
cakap apa. Dok ‘uu’ ‘aaa’ ‘yang tu’ ‘yang tu’…
- Mudah sangat kita ni lupa kat benda2 yang baru berlaku.
Contohnya, nama kawan baru atau apa yang kita baca sebentar tadi.
- Sukar nak buat keputusan yang betul. Dok ‘eh, yang ni lah’,
‘yang tu yang tu’, ‘mana2 je lah’..
- Lupa letak barang kat mana..baru je pegang , lupa letak kat
mana dah
- Susah nak fokus atau ingat pelajaran yang baru kita belajar
- Emosi tak stabil…sikit2 kecik hati, sikit2 merajuk…(kurang
neurotransmitter la tu ;-p)
Dan,
banyak lagi la yang berkaitan short term memory lost macam si Dory tu..(eh,
tetiba termasuk pulak cerita Finding Nemo ni..haha)..lama2 boleh jadi long term memory lost okeh! Bahaya!
Dengan minda yang sihat, kita akan jadi lebih
gembira, lebih positif, selalu senyum, lebih sihat, lebih bijak, mudah buat
keputusan yang bijak dan pastinya lebih berjaya.
Tapi, kalau minda kita tak sihat, haaa...mudah sangat kita ni nak rasa sedih, mudah
kecik hati, mudah sakit, kurang bijak dan kurang berjaya dalam apa yang dibuat.
Apa
makanan utama otak kita?
Makanan utama otak sebenarnya ialah Glukos. Glukos akan digunakan untuk hasilkan tenaga untuk sel2 otak kita. Glukos dalam badan kan akan membentuk tenaga untuk kita. Sebenarnya sel2 kita tu yang perlukan tenaga untuk kita bergerak.
Otak
juga memerlukan oksigen dan darah. Kenapa kalau tak cukup tidur, kita akan rasa susah
nak fokus? Sebabnya tak cukup oksigen sampai ke otak dan aliran darah tak
berapa baik. Badan tak cukup rehat, perjalanan darah dan oksigen dalam badan pun terganggu.
Otak pun boleh tercedera.Antara perkara2
yang mencederakan otak:
- eksiden
(cedera secara fizikal)
- darah
tinggi, kencing manis, kurang bersenam (aliran darah perlahan)
-
kurang tidur (aliran darah kurang lancar)
- ubat2
& alcohol
- obesiti
(orang obes kurang aktif dan orang obes ni ada banyak sel lemak..jadinya, darah
dan oksigen akan diserap ke dalam lemak dulu, instead of pergi ke otak)
-
merokok
Jadinya, bagaimana cara nak jadikan otak kita sihat? Banyak benda yang kita boleh buat nak pastikan otak atau minda kita sentiasa sihat dan cerdas. Antaranya:
- buat
hubungan social @ ada interaksi dengan individu lain (bukan hubungan sulit
okeh!)
-
belajar benda2 baru
- buat
aktiviti fizikal @ senaman
-
cukup tidur (bahan2 buangan daripada otak dibuang ketika kita tidur..jadi,
kalau tak cukup tidur, tersimpan la bahan2 buangan tu dalam otak)
-
senaman
- sentiasa ada rasa
bersyukur, meditasi
- pangambilan
supplement yang sesuai
Untuk
otak berfungsi dengan lengkap, ia berfungsi bersama2 dengan saraf tunjang dan
saraf2 halus lain yang ada dalam badan. Contohnya, nak gerakkan tangan kanan; signal akan
diberi oleh otak kepada saraf tunjang dan digerakkan kepada saraf2 yang ada di
tangan kanan. Barulah satu pergerakan itu akan terhasil.
- Sel2 saraf (dipanggil neuron) : neuron ada badan yang
dipanggil nucleus. Nucleus ni ada DNA, genetik dia. Dan ada bahagian yang panjang yang ada
kaki2 untuk hantar signal kepada saraf2 kita. Satu saraf kepada saraf yang
lain, tidak bercantum; ada jarak antara mereka. Jarak ni dipanggil sinaps. Bila signal2 sampai kat hujung saraf, signal2 ni akan melompat ke saraf yang lagi satu tu.
Gambarajah neuron kita |
- Signal melompat daripada satu saraf kepada saraf yang lain
dengan menggunakan neurotransmitter. Neurotransmitter yang akan bawak signal
daripada saraf A kepada saraf B.
Neurotransmitter
mempunyai 4 jenis :
1- Acetycholine: neuron untuk perhatian, pelajaran, ingatan
2- Serotonin: neuron untuk membina keyakinan diri, hasrat seksual
- kekurangannya boleh menyebabkan => stress, panic attack
3- Dopamine: neuron untuk motivasi, kreativiti, kawal gerakan
- kekurangannya boleh menyebabkan => parkinson
4- Noradrenalin: neuron untuk tenaga fokus, waspada
Selain itu, ada juga masalah2 kognitif yang dihadapi oleh otak manusia. Antaranya:
1- Otak akan kehilangan berat setiap tahun; berkurang 1gram setahun…jadinya otak akan semakin mengecil apabila lanjut usia. Bila berat berkurang, bermaksud kuranglah ruang untuk simpan memory dalam otak. Efeknya, berkuranglah daya ingatan kita ni.
2- Otak semakin lembab untuk menerima benda2 baru atau kurang
ingatan sebab:
-
Otak akan kehilangan 50% neuron yang membentuk acetychlorine
-
Otak akan kehilangan 35 – 40% neuron yang membentuk dopamine
-
Otak akan kehilangan 35 – 40% neuron yang membentuk serotonin
Nutritionist juga ada share antara kes2 yang melibatkan penyakit otak ni. Antaranya:
Case study: Alzheimer
Case study: Alzheimer
- Dikenali juga dengan nama penyakit “The Long Goodbye”...lupa lak kenapa nama samaran dia gitu..nanti dah jumpa, edit balik..hehe
- First, penyakit ni akan ganggu daya ingatan short term memory
kita. Mudah terlupa apa dia buat semalam, baru2 ni, etc.
- Kalau tak dikawal, dia akan mula ganggu daya ingatan yang
lain pulak. Ganggu bahagian otak yang di bahagian emosi, bahagian memori yang
lama2, dan bahagian yang kawal pernafasan dan jantung kita. Lama2 vanish macam
tu je ingatan kita.
- Boleh bawa kepada kematian okeh!
- Untuk elakkan dapat penyakit Alzheimer, kena pastikan otak
kita kurang hasilkan plak Amiloid. Plak Amiloid terhasil apabila ada banyak
free radikal dalam badan kita. Selalu stress, akan create banyak free radikal.
Udara yang tak sihat yang disedut setiap hari, akan mendatangkan banyak free
radikal dalam badan kita. Orang yang tak kawal pemakanan, ada kolesterol yang
tinggi dalam badan, akan create banyak free radikal dalam badan.
Case
study: Parkinson
- Disebabkan oleh kurangnya neuron yang dipanggil dopamine.
Akan menyebabkan pergerakan menggeletar; shaking. Sebab tu doctor akan berikan
ubat yang dinamakan Dopamine untuk pesakit Parkinson.
Untuk memastikan kesihatan otak secara
menyeluruh, kenalah pastikan otak kita sihat dalam semua dimensi, merangkumi:
- Kesihatan fizikal (selalu bersenam, cukup tidur)
- Kesihatan kognitif (main Sudoku @ teka silangkata, rangsang
minda)
- Kesihatan sosial
- Kesihatan emosi (ghairah @ eager terhadap sesuatu, ada
passion untuk buat sesuatu)
- Kesihatan nutrisi (yang ni dari segi pengambilan makanan tambahan..of course Shaklee!! haha)
Okey, sampai ni je topik hari tu. Tapi ada sambungannya lagi. Nanti kita jumpa dalam Part II okeh! (entry panjang sangat nanti..hehe)
012-3198354 (Farisya)
SID ID: 912713
COD: Kampung Melayu Subang / Kajang
POS: Nationwide
COD: Kampung Melayu Subang / Kajang
POS: Nationwide
Fadhilat Asma'ul Husna - Al Razzaaq (Maha Pemberi Rezeki)
Sesiapa yang meniup di setiap sudut rumahnya selepas membaca nama ini 10 kali sebelum Fajar, Allah s.w.t. akan membuka pintu rezeki untuknya; Insya Allah.
No comments:
Post a Comment
Jom Komen! ;-)