Monday, September 28, 2015

#28: Doa Ustaz Amin ni memang ku tunggu selalu...

Bismillah...

Selalu (insya allah) memang tak miss session Ustaz Amin kat slot Persona D'Zahra di radio IKIM.fm; hari Isnin pukul 10pagi. Selain sebab gaya penyampaiannya yang catchy, dok tergelak2 bagi contoh yang relevan sangat dengan isu semasa, cerita dari hati pasal pengalaman sendiri..and banyak lagi lah sebenarnya kenapa aku suka sangat slot ustaz ni..hihihi

Yang paling aku tunggu masa akhir tu..dia akan bacakan doa. As pendengar, tadah tangan, dengar dan amin kan je lah..moga2 terkena tempias doanya.

Doa dia ...tah laaa...sangat deep pada aku...relevan sangat...kalau hayati, boleh rasa nak ngalir ayaq mata..nasib baik kat opis selalu time dengar celoteh dia..hahahha..

So, aku gugel doa dia dan abadikan dalam blog aku nih..senang aku nak cari.

"Ya Allah ya tuhan kami, pada kesempatan hidup yang telah Kau berikan kepada kami ya Allah,
Jika ada kesalahan dan keaiban yang kami lakukan ya Allah, ampunkan segala dosa2 kami ya Allah.

Ya Allah ya tuhan kami, pada peluang yang masih Kau berikan kepada kami ya Allah,
Kami memohon kepada Mu ya Allah, pimpinlah kami ke jalan Mu yang lurus ya Allah.

Ya Allah ya tuhan kami, jika ada dikalangan kami orang yang sedang sakit ya Allah,
Berikan kesembuhan kepada mereka ya Allah.

Jika ada di kalangan kami orang yang bersedih hatinya ya Allah,
Berikan ketenangan dan jalan keluar dari segala permasalahan mereka ya Allah.

Jika ada dikalangan kami orang yang sangat berhajat keperluannya ya Allah, anak2 yang menderhaka kepada ibu dan ayahnya ya Allah,
Ampunkan mereka dan pimpinlah mereka ya Allah.

Ya Allah ya tuhan kami, keluarga kami bahagiakanlah ya Allah.
Isteri kami solehahkanlah ya Allah.
Suami kami solehkanlah ya Allah.
Anak2 kami soleh dan solehahkanlah ya Allah.
Jika ada di kalangan mereka yang keras hati, lembutkanlah ya Allah.
Jika ada di kalangan mereka yang belum mendapat kesempurnaan hidayahMu, berilah hidayahMu kepada mereka Ya Allah.

Ya Allah ya tuhan kami,
Gantikanlah kesedihan hati kami dengan kegembiraan dari Mu ya Allah.
Gantikanlah segala kekusutan hati kami dengan ketenangan dari Mu ya Allah.
Berikan keselamatan kepada kami ya Allah.
Hindarkan kami dari segala mara bahaya ya Allah.
Daripada hasad dengki manusia yang berhasad ya Allah.
Daripada kezaliman manusia yang menzalimi ya Allah.
Dan daripada perkara yang tidak mampu kami tanggung ya Allah.
Hidayahkanlah hati kami ya Allah.
Murahkan rezeki kami ya Allah.

Ya Allah ya tuhan kami,
Kurniakanlah kekuatan, keimanan, kepada kami ya Allah seperti mana yang telah Kau kurniakan kepada nabiMu Ibrahim ya Allah.

Berikanlah kesembuhan di dalam segala penyakit kami ya Allah seperti mana yang telah Kau kurniakan kepada nabiMu Ayyub ya Allah.

Kurniakanlah kepada kami jalan keluar bagi segala permasalahan kami ya Allah seperti mana yang telah Kau kurniakan kepada nabiMu Yunus ya Allah.

Kurniakan kepada kami keluasan rezeki yang halal ya Allah seperti mana yang telah Kau berikan kepada nabiMu Sulaiman ya Allah.

Ya Allah ya tuhan kami,
Berikan kepada kami bantuan di dalam segala yang kami usahakan, seperti mana yang telah Kau berikan kepada nabiMu Musa ya Allah.

Berikan kepada kami ketabahan di dalam segala ujian hidup kami ya Allah seperti mana yang telah Kau berikan kepada nabiMu Isa ya Allah.

Ya Allah ya tuhan kami, kurniakan kepada kami akhlak dan adab sopan yang baik ya Allah seperti mana yang telah Kau berikan kepada junjungan kami nabi Muhammad ya Allah.

Kurniakan kepada kami anak2 yang soleh dan solehah, keluarga  yang bahagia ya Allah seperti mana yang telah Kau berikan kepada Saidina Ali dan Fatimah ya Allah.

Ya Allah ya tuhan kami,
Ampunkanlah segala dosa kami dan bantulah segala urusan kami ya Allah."

Indah sangat kan?😊😊😊
Boleh la amalkan baca time lepas solat tu ✌

No comments:

Post a Comment

Jom Komen! ;-)