Bismillah...
Bagi orang yang bekerja makan gaji, kalau di arahkan untuk pergi ke
mana2 atas urusan kerja adalah biasa. Nak tak nak, kena la tinggalkan keluarga,
kerja2 rutin di pejabat, kerja2 rutin di rumah, ..pendek kata semua lah..jadi
kena bersedia mental dan fizikal untuk tinggalkan yang biasa dan hadapi yang
baru.
Baru2 ni nama saya
terpilih untuk ke luar negara atas urusan kerja. Nama lainnya ialah ”out
station”. Kena pergi Canada. Lokasi sebenar: Montreal. Apa yang perlu saya lakukan untuk itu? Antara benda wajib yang masuk
dalam list ialah:
-
kenalpasti
detail urusan
-
uruskan
visa kemasukan ke Canada
-
tempah
pernerbangan dan hotel
-
cari
informasi mengenai Canada
-
buat
checklist untuk ke sana dari segi makanan, pakaian, apa yang perlu bawa masa
konferens, transit dan sebagainya..
Ok, ni saya nak share langkah2 yang perlu diambil untuk pastikan segalanya berjalan lancar...hihihi..(tah kenapa benda ni pun jadi cerita dalam belog ;-P)
Gambar Google: Bendera Canada rupa gini |
Pertama – kenalpasti
perkara2 penting mengenai trip tu; tarikh, lokasi, tujuan, agenda. Macam trip kali ni yang saya kena hadiri ialah merupakan conference tahunan yang dianjurkan oleh syarikat yang mengeluarkan system yang syarikat
saya gunapakai. Nama konferens ni MUG Conference – Maintenix User Group.
Maintenix ni nama system tu. Tapi bila syarikat kita beli, tukar nama jadi
AMROS. Dekat kan? Maintenix – Amros, AMROS – Maintenix. Hihihi.. bila dah
register untuk hadiri konferens tu, penganjur akan bagi semua detail: buat apa, kat
mana, tarikh bila, apa agenda, apa yang kena bawa masa konferens, dan macam2.
kena rajin la baca semua yang dia bagi from page to page. Malas kalu, memang
kosong la info. Sendiri paham..hihihi
Kedua – kenalpasti
benda wajib yang perlu dibuat untuk menghadiri konferens tu. Macam saya, kena
dapatkan surat kebenaran daripada pihak management merangkap bajet perjalanan untuk trip ni. Lepas tu
kena tau nak pergi Kanada kena ada visa. Lepas tu kena tempah tiket penerbangan
dan hotel. Surat kebenaran bajet tu macam nak mintak approval untuk advance la
jugak. (Eh, mesti lah..bukan kita yang nak pergi pun..syarikat hantar, kena la
bantu dari segi kewangan, terutamanya..hihihi.) Kemudian kena tau untuk masuk ke
Kanada ni memerlukan visa. Jadi, kena apply lah Visa nya. Nak apply visa kena
hantar ke Kedutaan Kanada di Singapura. Yang kita ni kena deal dengan Kedutaan Kanada
di Malaysia, kemudian dia akan hantar ke Singapura untuk proses. Makan masa
juga ni..dalam 3 minggu baru dapat visanya. Jadi, tak boleh tangguh lelong2
sangat. Confirm kena pergi, then uruskan benda wajib dulu. (mana tak wajibnya,
kalau tak de visa, tak boleh masuk ler Kanada tu..). Sebelum setel Visa, kena pastikan pasport masih sah laku. Sebab Visa tu nanti dia akan tepek kat dalam pasport kita. Berkait2 kan benda2 ni?...hihihi
Visa dah kena palang tanda dah digunakan ;-p |
Ketiga – benda
wajib seterusnya nak tempah tiket penerbangan. Since kena tempah sendiri, which
is saya suka sebab banyak pilihan boleh kita buat untuk suit dengan apa yang
kita nak..hihihi..saya tetapkan nak cari flight yang makanan dia halal belaka. Kenapa saya berkira? Sebab
kat Kanada, maybe susah nak cari makanan halal. Jadi last pilihan saya ada,
makanan halal dalam flight. Lepas tu kena ambil kira pulak flight tu ada buat transit ke tak. Kena decide
juga berapa banyak transit kena buat, berapa lama masa transit tu (orang
panggil connecting time).
Keempat –
nak tempah hotel. Ni pun jenuh gak mencari. Pertama2 sekali, kena tau lokasi konferens tu. Kemudian
dengan bantuan google maps, cari hotel terdekat dengan tempat konferens.
Memandangkan pergi atas nama syarikat, jadi kena alert dengan kos peruntukan
syarikat untuk tempahan hotel. Berapa syarikat peruntukan untuk satu malam. Dahlah nak tibai 5 malam, lagi nak pilih mahal2..hahaha... Janganlah over bajet syarikat, walaupun bukan
kita bayar. Be considerate orang kampung kata.
Kelima – cari
info Kanada. Masa nak pergi nanti tengah musim apa, pakaian macamana, apa
tempat2 menarik dalam perimeter kita masa kat sana nanti, duit tukaran dia
macamana..
Keenam – buat
checklist barang2 yang nak kena bawa. Makanan, amik kira hal masa kat konferens
tu sekali. Sah2 masa konferens makan kat sana, jadi tak perlu nak bawa banyak
sangat makanan untuk cover. Lagi pun, ala..seminggu je pun kalau nak makan roti
je tiap2 hari..hahahhaha...tak tahan roti aje? Hmmm, ikutlah suka hati nak
bawak apa. Beg you..huhu. Pakaian, amik kira masa konferens nak pakai apa, time
tidur, baju jenis macamana sesuai untuk ke sana, kasut, aksesori, dan mana2
yang patut yang biasanya kita pakai.
Ketujuh – pastikan
apa2 info yang kita tak pasti, bagitau penganjur siap2. Macam penganjur ni dah
bagi itenari yang lengkap untuk konferens. Actually takde nak tanya sangat.
Tapi saya just nak confirmkan satu kat dia, mintak dia sediakan makanan halal
atau at least, Kosher (kategori halal juga tapi untuk Yahudi). Alhamdulillah, mereka
alert dengan request saya. Siap nak confirmkan lagi samada saya ok tak kalau
makanan tu jenis ikan dan sayur. Ok la kan, senang kerja. Kalau tak nanti takde
lah mengggagau nak komplen penganjur tak ikut keselesaan peserta. Dah tak
bagitau, kenapa?hahaha..
Kelapan – ha,
penting..tukar duit.ni pun jenuh la..hahahhaha...nak cari kat mana tempat
tukaran yang rendah, nak tunggu advance masuk dulu, masa transit pakai matawang
apa, kat Kanada matawang apa...ha, semua lah kena alert...hihihi
Gambar Google: Matawang Qatar - QAR (Qatar Riyal) |
Gambar Google: Matawang Canada - Canadian Dollar (CAD) |
Kesembilan –
uruskan perancangan sepanjang peninggalan kita. Perancangan keluarga, perancangan
urusan pejabat...setel siap2..kalau perlu gosok baju, gosok siap2..top up stok
makanan, top up siap2...kerja2 yang urgent, bagitau siap2 kat staf sebagai
persediaan untuk dia menjawab nanti. Plan la..memang kena plan..
Kesepuluh –
kenalpasti benda2 remeh tapi penting. Apa tu? Macam waktu solat kat
sana..time bila masuk waktu, time bila nak solat. Lepas tu, standby plan B,
cari masjid terdekat dengan perimeter in case tempat konferens tu takde ’Prayer
Room’. Kenalpasti ’Prayer Room’ masa kat airport. Camana nak pakai kiblat masa
kat bilik hotel. Remeh kan? Abis, kalau tak buat, sampai sana
nganga..hahahah..lagi satu, kena alertkan bank kad kredit kita yang kita akan
ke luar negara dan kemungkinan akan membuat transaction masa ke luar negara.
Jangan nanti bank terkejut tiba2 pulak ada buat transaction kat oversea, pastu
dia sangkutkan..hahhahahahaharuuu...biasanya benda2 remeh dah termasuk dalam
list2 yang kat atas, macam baju, makanan, duit berapa banyak nak tukar...untuk
mengelakkan rasa menyesal sebab tak prepare, tu yang kena ambil masa fikirkan
benda2 remeh ni sekejap. Kasi setel. Hihihi..
Hubungi:
012-3198354 (Farisya)
013-3528860 (Nasrul)
SID ID: 912713
COD: Kampung Melayu Subang / Kota Damansara / Kajang
POS: Nationwide
**************************************************
Fadhilat Asma'ul Husna - Al Mu'iz (Maha Memuliakan)
Dialah yang memberi pernghormatan dan dialah yang memberi penghinaan.
No comments:
Post a Comment
Jom Komen! ;-)