Monday, June 17, 2013

#1: Sekadar Pembukaan...

Bismillah... Biiznillah...


Alhamdulillah...berjaya juga buat blog nih. Tengok orang lain buat blog, teringin juga nak buat. Tapi sebab lebih rajin membaca daripada menulis, terkubur sajalah harapan nak buat blog tuh.

Tapi orang kata sebenarnya untuk kita membuat sesuatu dengan lebih rajin dan tekun, mesti ada penggeraknya. Jadi apa pulak penggerak aku untuk mula berblogging ni?...

Setiap hari, semakin lama menikmati nikmat Allah, semakin kita hadapi sesuatu yang baru, semakin kita tangani masalah yang mendatang, semakin aku rasa "macam mana aku nak share perasaan aku dengan orang lain nih"... nak buat status kat FB, limited space. kadang-kadang bukan nak share apa pun...gelagat anak-anak yang mencuit hati (kadang-kadang banyak pengajaran untuk kita yang dewasa nih ye), aktiviti-aktiviti menarik yang mungkin boleh dijadikan panduan untuk orang lain (eh, ai pun Google dulu kalau nak bercuti bagai, atau ada event..ambil feel orang kata..), atau share knowledge yang baru jumpa yang ai rasa bermanfaat untuk orang lain juga. Dan yang mungkin juga di fikiran ai, boleh berbisnes juga (hohohohoho..pecah rahsia!). Share experience daripada produk yang ai guna yang membuatkan kenapa ai guna produk tuh (eh, ayat depan belakang macam sama..). Takpe, buat satu-satu...One at a time (eh?)

Yang penting, semoga apa yang ai buat ini mendapat keredaan Allah. Tiada yang lebih penting daripada itu ;-)


p/s: Teringin pula nak makan cupcake jumpe imej macam nih...yum..yum...



*********************************************
Fadhilat Asma'ul Husna - Ar-Rahman (Maha Pemurah; The Most Merciful)

Apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500X, maka hati kita akan menjadi terang, tenang & sifat-sifat pelupa & gugup akan hilang dengan izin Allah.

There was an error in this gadget