Thursday, February 18, 2016

#47: Rahsia Yang Bukan Lagi Rahsia

Biiznillah...


Tiba-tiba terasa nak share rahsia hati. ecewah...rahsia hati dengan Shaklee..ecececewaahh...Dah lama dah kami kenal...rasa-rasa sejak tahun 2010..sekarang 2016..hmmm, lebih kurang 6 tahun dah..awal lagi tak?..awal tak awal laa...kalau ada anak, anak dah masuk tadika dah ;-p




Ada orang sampai cakap: kenapa beria sangat suka Shaklee? - taksub Shaklee eh? - sana sini orang jual Shaklee..sana sini orang beli Shaklee..macam takde benda lain.. Banyak lah lagi persoalan yang menanti jawapan kan...hihihi

Shaklee dan Pakar




Kalau nak tau, semua produk Shaklee ni adalah daripada hasil kajian para doktor dan para saintis PhD. Siap ada produk yang diterajui oleh saintis bertaraf Nobel Prize Winner ok! 

Bukan tukang sapu, bukan tukang pam minyak atau bukan peniaga tamak sampai sanggup menipu yang membangunkan produk-produk Shaklee ni. Bukan, bukan, dan bukan! Tapi, semuanya dibina oleh pakar2 saintis yang kerja siang malam uji macam-macam benda kat makmal Shaklee US.
Saintis-saintis ni pulak, bukan calang-calang graduate mana-mana university terus keluar produk. Bukan, bukan, dan bukan juga! Tapi Saintis yang dah berpuluh-puluh tahun punya pengalaman dalam industri pemakanan & kesihatan.

Saintis-saintis ni sangat bijak sampai dapat macam-macam anugerah. Siap ada Nobel Prize winner bagai. Paling cikai pun PhD lah. Bukan yang paling bagus PhD tau. Beza tuu..


Shaklee dan Bukti Bertulis





Banyak syarikat mendakwa produk mereka berkesan. Tapi, mana bukti? Cakap saja, semua orang boleh cakap. Tetapi di Shaklee, bukti dah ada. 

Sebab saintis-saintis Shaklee ni bijak-bijak & power-power, hasil kajian diorg ke atas produk-produk Shaklee di dokumenkan dalam macam-macam journal antarabangsa. Ada lebih daripada 100 bahan saintifik, yang 90 daripadanya diterbitkan dalam jurnal peer-review yang membuktikan keberkesanan produk Shaklee. Jurnal-jurnal ni pulak bukan staff Shaklee je yang syok sendiri, tetapi diiktiraf oleh saintis yang tak kerja dengan Shaklee pun. Jauh sangat berbeza dengan produk-produk nutrisi lain yang berlambak di pasaran sekarang ni. Sebab kebanyakan mereka takde sampai diiktiraf oleh saintis luar syarikat.
Bahkan, lebih daripada $300 juta dilaburkan dalam ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan. Dalam satu Kajian Unggul (Landmark Study) pada tahun 2007 yang dikendalikan oleh kerjasama dengan penyelidik-penyelidik dari U.C Berkeley School of Public Health menunjukkan orang yang mengambil makanan tambahan Shaklee mempunyai kesihatan yang lebih baik daripada mereka yang mengambil jenama multivitain lain. Dan bukti yang paling menyerlah adalah sebahagian besar daripada jutaan orang hidup lebih sihat, lebih produktif kerana mendapat manfaat Shaklee.

Shaklee dan Bukti yang Nyata




Bukti bertulis je tak jalan. Macam batu bersurat lak kan..tulis kan main panjang. Nak juga tengok bukti yang real. Bukti depan mata. Bukti reality. Bukti yang produk-produk Shaklee memang betul-betul bagus. Jangan tak tau, Shaklee memang digunakan untuk kerja, aktiviti & sukan paling extreme. Dan takde langsung atlet-atlet Shaklee ni kantoi ada dadah dalam badan mereka.

Kalau Shaklee teruji berkesan untuk orang paling extreme, sudah tentu lah terlebih-lebih berkesan untuk kita rakyat marhaen ni kan?


Shaklee dan Dunia


Sebelum orang malaysia cuba, orang lain dah cuba banyak kali dah..dan cuba nak kutuk-kutuk Shaklee ni tak bagus la ape lah. Namun, akhir sekali diorg sendiri habis idea nak kutuk tang mana lagi dah. Akhirnya, terpaksa setuju yang Shaklee ni memang bagus & jatuh cinta pulak tu.

Setiap hari pun diorg ni pakai.

Tanya pemilik produk-produk yg korg pernah dengar di pasaran, owner dia pakai tak produk-produk yang diorg jual tu? kebanyakannya sendiri pun tak berani pakai sebab sendiri pun tahu produk diorg ada paraben, boleh sebabkan kanser, etc. tak percaya, tanya sendiri… eh betul okay...ada satu produk tu bukan main lagi nak putihkan la, nak hilang jerawat la, buang lemak la...tapi tengok owner dia setiap bulan pun pergi Thailand sebab nak 'servis' badan katanya..cucuk sana sini, perap muka la..macam-macam laa..


Perbezaan Shaklee




Dan, persoalan ini...kenapa pilih Shaklee?

- sebab Shaklee ada 3 elemen utama ini - ia sentiasa SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI


SENTIASA SELAMAT

  • Ahli-ahli saintis Shaklee telah membuat kajian di pelusuk dunia bagi mencari sumber ramuan asli semulajadi. 
  • Shaklee telah menjalankan lebih 350 kajian ke atas setiap ramuan baru, terutamanya bahan logam, racun serangga dan bermacam-macam bahan pencemaran yang lain. 
  • Shaklee meneruskan kajian ke atas lebih 80,000 ujian berkualiti setiap tahun bagi menjamin ketulenan dan perlindungan bagi setiap satu produk. 
  • Secara keseluruhannya, semua produk Shaklee tidak mempunyai parabens, triklosan, phthalates, natrium lauril sulfat (SLS), natrium lauryl eter sulfat (SLES), 1,4 dioksana, atau propilena glikol. Tidak terdapat bahan-bahan yang diharamkan, tiada pewarna, tidak sebarang jenis lemak dan tidak mengandungi pemanis tiruan atau peri

SENTIASA BERKESAN

  • Lebih daripada $250 juta dilaburkan di dalam kajian, pembangunan produk dan ujikaji
  • Terdapat lebih daripada 100 bahan rujukan saintifik, 90 daripadanya dicetak di dalam jurnal bagi rujukan pihak ketiga
  • 7 daripada 25 Pengembara Handal di dalam buku Time Life of All Time telah diperkasa oleh Shaklee
  • Produk Shaklee telah memperkasa Pengembara bertaraf Elit Dunia, Will Steger dalam 4Ekpedisi Artik Antarabangsa
  • 54 pingat emas Olimpik dimenangi oleh para atlit yang diperkasa oleh Shaklee
  • Shaklee juga memperkasa atlit termasuk kumpulan peluncur ais, acara pentatelon Eli Bremer, Darin Shapiro, peluncur air Michelle Simpson, perenang Carly Piper, pemain GolfLPGA Reilley Rankin dan pemain softball Jessica Mendoza yang mana mereka mengambil produk Shaklee secara harian untuk prestasi yang optimum.

SENTIASA MESRA ALAM 

  • Shaklee merupakan syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral™ di mana Shaklee telah meneutralkan pengeluaran karbon tanpa menjejaskan alam sekitar.
  • Shaklee telah menanam hampir 800,000 pokok bagi kempen A Million Trees. A Million DreamsTM dengan kerjasama pemegang The Green Belt Movement yang diasaskan pada tahun 2004 dan pemenang Nobel Peace Laureate Dr. Wangari Maathai
  • Shaklee telah berjaya:
    • Mengitar semula lebih 1,000,000 pauns kertas kadbod
    • Menghapuskan 10,200,000 pauns sampah pembungkusan
    • Menghapuskan 23,000,000 pauns gas rumah hijau
  • Shaklee merupakan penerima anugerah alam sekitar yang berprestij bagi anugerah-anugerah berikut:
    • 2008: Anugerah Stevie bagi Program Tanggungjawab Korporat Terhadap Alam Sekitar Terbaik
    • 2007: Anugerah Rekabentuk Organisasi Hijau Global Amerika
    • 2003: Anugerah Kecemerlangan Alam Sekitar Kebangsaan daripada Persatuan Alam Sekitar Professional Kebangsaan
    • 2002: Anugerah Agensi Melindungi Alam Sekitar bagi Perlindungan Climate
    • 2001: Anugerah Kepimpinan Gabenor Ekonomi dan Alam Sekitar- Sijil Penghargaan daripada Agensi Perlindungan Alam Sekitar California

Insya Allah, tanpa ragu-ragu, inilah sebabnya kenapa saya memilih Shaklee.
Anda, bagaimana?


*******************************************************
Hubungi: 
012-3198354 (Farisya) 013-3528860 (Nasrul) 
SID ID: 912713 
COD: Kampung Melayu Subang / Kota Damansara / Kajang 
POS: Nationwide 
************************************************** 

Fadhilat Asma'ul Husna - Al Hasiib(Maha Mencukupi) 
Dialah yang mengambil kira semua dan segala apa yang ciptaan-Nya lakukan atau akan lakukan.



Tuesday, February 16, 2016

#46: Resepi Teh Ais versi Hipster!

Biiznillah...

Nak tau tak sekarang dah ada teh ais versi hipster? Bukan setakat gelas dia yang hipster...tapi bahan-bahan dia juga boleh kategori hipster tau! Dengan kandungan dia yang diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi...kelebihan yang ada pun sangat tersendiri. Extra bonus: minum masa cuaca panas. Memmmmaaanggg...taktau nak gambarkan nikmatnya...fuh!

performance drink shaklee
Hipster Tea 1


Post asal adalah di sini. Tapi sini juga saya share video tu okeh!

 Resepi Teh Ais Hipster Shaklee


Sempat tak salin resepinya?..yang ni memang takde jual kat kedai ye...memang direka khas untuk buat sendiri kat umah...hihihi

Bahan-bahan:
1 peket Energy Tea Shaklee
3 sudu besar Performance Drink Shaklee
1/2 gelas air panas
1 gelas air masak
Beberapa kiub ais

Cara-cara:
1- Larutkan Energy Tea Shaklee dengan air panas.
2- Masukkan ke dalam gelas hipster. Masukkan juga kiub ais.
3- Larutkan Performance Drink dengan air masak.
4- Campurkan larutan Performance Drink ke dalam larutan Energy Tea tadi.
5- Sedia untuk diminum.

Kebaikan:
(eh, ada ke bila kita baca resepi kat blog orang dia letak kebaikan sekali?..blog owner ni memang lain dari yang lain ;-p))

a) Performance Drink Shaklee
- Menjadikan badan lebih cergas
- Badan menjadi kurang penat
- Minuman mengandungi kurang gula
- Merupakan isotonik tanpa gas

b) Energy Tea Shaklee
- Meningkatkan metabolisme badan
- Membakar lemak di dalam badan
- Tinggi antioksida
- Merupakan energy booster yang baik

Nak tau ye ke tidak kebaikan dan kenikmatan macam tu, klik sini untuk cuba.


 Jom, try secewe!!

*************************************************************

 Borak-borak Sihat: 
012-3198354 (Farisya) 013-3528860 (Nasrul) 
SID ID: 912713 
COD: Kampung Melayu Subang / Kota Damansara / Kajang 
POS: Nationwide

 **************************************************
Fadhilat Asma'ul Husna - Al Jaliil (Maha Mulia)
Dialah Tuhan yang agung dan perkasa.
Kekuatan-Nya dan kebesaran-Nya, keabadian-Nya tidak mempunyai persamaan dengan mana-mana tenaga, perkara atau masa.

Friday, February 12, 2016

#45: Panduan Solat Tahajud Beserta Doa

Biiznillah...

Saja nak share semula perkongsian di dalam grup di Facebook saya ke sini. Boleh laa kalau satu masa nanti nak dirujuk2 semula kan...;-)

Jom check.. Bila last kita buat solat Tahajjud?

Gambar Google


🌻SOLAT TAHAJJUD🌻

🌸Solat Tahajjud adalah solat malam yang dilaksanakan setelah bangun tidur, afdalnya dibuat secara bersendirian waktu selepas tengah malam. Solat sunat ini amat dituntut dan sangat baik dilakukan sebagai ibadah tambahan. Rasulullah SAW dan para sahabat tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka.

Firman Allah SWT.:
“Dan pada sebahagian malam hari bersolat Tahajjudlah kamu sebagai suatu ibadat tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.”
(Surah Isra’; ayat 79)

Rasulullah SAW bersabda: “Kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, juga sebagai penebus segala amalan buruk, pencegah dari perbuatan dosa dan dapat menghalangi penyakit dari badan.” (Riwayat Tirmizi dan Ahmad r.a.)

🌸Cara Mendirikan Solat Tahajjud

Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam. Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat tetapi dilakukan secara berterusan setiap malam.
Rasulullah SAW telah bersabda,: “Amalan yang disukai oleh Allah, adalah yang terus menerus (istiqamah) walaupun sedikit.” (Riwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah.)



1⃣. Sebelum mengerjakan Solat Tahajjud baca doa berikut :
Tiada Tuhan melainkan Dikau, Maha Suci Dikau! Daku memohon ampun kepada-Mu bagi dosa-dosaku dan daku memohon kepada-Mu akan Rahmat-Mu. Ya Allah! Tambahkanlah padaku ilmu dan janganlah Dikau pesongkan hatiku setelah Dikau berikan petunjuk. Dan berikanlah daku Rahmat-Mu; Sesungguhnya Dikaulah yang melimpahkan rahmat! Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkanku dan kepada-Nyalah tempatku kembali.

2⃣. Niat Solat Tahajjud:
(Ushalli sunnatat tahajjudi rak’ataini Lillahi ta’ala)
Daku bersolat Sunat Tahajjud dua rakaat, kerana Allah Ta’ala.

3⃣. Bacaan Surah selepas Al-Fatihah:
a) Rakaat pertama: Ayat Al-Kursi (7 kali)
Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas (11 kali)
Atau;
b) Rakaat pertama: Ayat Al-Kaafirun
Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas
Atau;
c)10 Ayat Terakhir, Surah Al-Imran,.
(Rasulullah SAW sering membaca ini pada solat Tahajjud Baginda.)


4⃣. Selepas membaca tasbih pada sujud kedua dalam rakaat terakhir, bacalah doa berikut 3 kali:
. رَبِّ أَدخِلنى مُدخَلَ صِدقٍ وَأَخرِجنى مُخرَجَ صِدقٍ وَاجعَل لى مِن لَدُنكَ سُلطٰنًا نَصيرًا ﴿٨٠﴾
"Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku ke dalam urusan ugamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku dari sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku", (Surah Al Isra' 80)

5⃣. Selesai salam solat Tahajud, bacalah doa yang pernah dibaca oleh Rasulullah SAW ini:
Allahummaj al fii Qolbi nuron, wafii lisaani nuuron, wafii sam’i nuron, wafii bashorii nuron, wamin fawqii nuron, wamin tahtii nuuron, wa an yamiinii nuron, wa an syamaali nuron, wamin amaamii nuron, wamin kholfii nuuron, wajj al fii nafsii nuron, wa a’dzimlii nuuron, wa adzzim lii nuuron, wajj allii nuuron, wajj alni nuron, Allahumma a’thinii nuuron, wajj al fii ashobii nuron, wafii lahmi nuuron, wafii damii nuuron, wa fii sya’rii nuuron, wafii basyarii nuuron, ..
“Ya Allah ciptakanlah cahaya di hatiku, cahaya di lidahku, cahaya di pendengaranku, cahaya di penglihatan-ku, cahaya dari atasku, cahaya dari bawahku, cahaya di sebelah kananku, cahaya di sebelah kiriku, cahaya dari depanku, dan cahaya dari belakangku. Ciptakanlah cahaya dalam diriku, per-besarlah cahaya untukku, agungkanlah cahaya untukku, berilah cahaya untuk-ku, dan jadikanlah aku sebagai cahaya. Ya Allah, berilah cahaya kepadaku, ciptakan cahaya pada urat sarafku, cahaya dalam dagingku, cahaya dalam darahku, cahaya di rambutku, dan cahaya di kulitku” (Hal ini semuanya disebutkan dalam Al-Bukhari 11/116 no.6316, dan Muslim 1/526, 529, 530, no. 763)

6⃣. Kemudian sambung baca Doa Solat Sunat Tahajjud berikut:~
. الَّلهُمُّ لَكَ الحَمْدُ أَنْتَ نُورُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَمَنْ فِيهِنَّ، وَلَكَ
الحَمْدُ أَنْتَ قَيِّمُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَمَنْ فِيهِنَّ، وَلَكَ الحَمْدُ أَنْتَ رَبُّ
السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَمَنْ فِيهِنَّ
Allahumma lakal-hamdu anta noorus-samawaati wal-ardi wa man fihinna, wa lakal-hamdu anta qayyimus-samawaati wal-ardi wa man fihinna, wa lakal-hamdu anta rabbus-samawaati wal-ardi wa man fihinna.
أَنْتَ الحَقُّ وَوَعْدُكَ الحَقُّ وَقَوْلُكَ الحَقُّ وَلِقَاؤُكَ حَقٌّ وَالجَنَّةُ حَقٌّ
وَالنَّارُ حَقٌّ والسَّاعَةُ حَقٌّ والنَّبِيّونَ حَقٌّ وَمُحَمَّدٌ حَقٌّ.
Antal-Haqqu wa wa'dukal-haqqu wa qawlukal-haqqu wa liqa’uka haqqun, wal-jannahtu haqqun wan-naru haqqun, was-sa'atu haqqun, wan-nabiyyoona haqqun wa Muhammadun haqq.
اللهُمَّ لَكَ أَسْلَمْنَا وَبِكَ آمَنَّا وَعَلَيْكَ تَوَكَّلْنَا وَبِكَ خَاصَمْنَا وَإِلَيْكَ حاَكَمْنا
فَاغْفِرْ لَنَا مَا قَدَّمْنَا وَمَا أَخَّرْنَا وَمَا أَسْرَرْنَا وَما أَعْلَنَّا أَنْتَ المُقَدِّمُ
وَأَنْتَ المُؤَخِّرُ لا إِلهَ إِلا أَنْتَ.
Allahumma laka aslamnaa, wa bika aamannaa, wa alayka tawakkalnaa, wa bika khaasamnaa, wa ilayka haakamnaa, faghfir lanaa maa qaddamnaa wa maa akhkharnaa, wa maa asrarnaa wa maa a3lannaa, antal-muqaddimu wa antal-mu’akhkhiru laa ilaaha illaa ant.
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَبَارَكَ وَسَلَّمَ
الْحَمْدُ للَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن
Ya Allah! Bagi-Mu segala puji-pujian. Dikaulah pendiri langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Bagi-Mulah segala pujian, Dikau Penguasa langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Dan bagi-Mulah segala puji, Pemancar cahaya langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya.
Bagi-Mulah segala pujian, Dikaulah yang benar (Al-haq), janji-Mu adalah benar, firman-Mu adalah benar, perjumpaan dengan-Mu adalah benar, syurga itu benar dan neraka adalah benar. Nabi-nabi itu benar, Nabi Muhammad SAW adalah benar dan adanya hari Kiamat itu benar.
Ya Allah! Pada-Mulah daku menyerahkan diri, dengan-Mu daku beriman, kepada-Mu daku bertawakal, kepada-Mu daku kembali, dengan-Mu daku menghadapi musuh dan kepada-Mu daku berhukum. Ampunilah dosa kesalahanku yang telah lalu dan yang terkemudian, baik yang daku sembunyikan mahupun yang daku nyatakan, di mana Dikau lebih mengetahuinya. Dikau yang Maha Mendahului dan Maha Mengakhiri. Tiada Tuhan melainkan Dikau! Tiada padaku daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah!
Ya Allah! Berilah kami kebaikan di dunia dan kebajikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka.
Selawat Allah ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad SAW dan ke atas keluarga serta para sahabat sekeliannya. Segala puji hanyalah untuk Allah; Tuhan Pemelihara seluruh alam.!



🌸 KELEBIHAN SOLAT TAHAJJUD
👉🏻Tahajjud adalah solat sunat yang paling afdal.
👉🏻Doa dimakbulkan Allah.
👉🏻Memperolehi ketenangan jiwa.
👉🏻Merasai diri hampir kepada Allah SWT.
👉🏻Diberikan keistimewaan oleh Allah SWT.
👉🏻Memperolehi pertolongan dan rahmat Allah.
👉🏻Menewaskan gangguan dan godaan syaitan.
👉🏻Mencegah dosa dan menghindari penyakit.
👉🏻Menjadi lebih berdisiplin dalam melakukan tugas.
👉🏻Allah SWT memudahkan menerima ilmu yang dipelajari.
👉🏻Terkeluar daripada catatan sebagai golongan yang lalai.
👉🏻Dihormati masyarakat dan dijauhi daripada hasad dengki manusia.
👉🏻Allah SWT memberikan kemudahan dan rezeki yang berpanjangan.
👉🏻Orang bersolat Tahajud menjadi kesayangan Allah SWT.
👉🏻Diberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi.
👉🏻Mendapat kemuliaan Allah SWT di dunia dan akhirat.
👉🏻Meninggikan martabat seorang hamba di sisi Allah Azza Wa Jalla.
👉🏻Memudahkan hisab di akhirat dan melintasi Titian Siratal-Mustaqim.


SELAMAT BERAMAL...

SEMOGA BERMANFAAT BUAT SEMUA...



*************************************************************

 Borak-borak Sihat: 
012-3198354 (Farisya) 013-3528860 (Nasrul) 
SID ID: 912713 
COD: Kampung Melayu Subang / Kota Damansara / Kajang 
POS: Nationwide

 ******************************************************
Fadhilat Asma'ul Husna - Al Hafidz (Maha Pemelihara)
Dialah yang mengingati semua yang telah berlaku dan apa yang sedang berlaku, meletakkan di bawah perlindungan Nya segala yang wujud.