MENGENAI SAYA

Hi! Assalamualaikum!!

Saya, Opie - Pengedar sah Shaklee sejak May 2013. Asalnya dah mula ambil supplement Shaklee selepas pantang anak kedua, tahun 2010. Survey2 set untuk ibu menyusu, then lekat kat Shaklee. Alhamdulillah, berkesan dan tak menyesal dah start ambil. Tahun 2013 baru tergerak nak register jadi ahli sebab baru sedar nak beli dengan harga ahli. hahaha!

Masa Ofis Trip ke Medan..dengan ahli syurga #2, tahun 2011

Oh, latarbelakang! Saya merupakan ibu kepada 3 orang putera ahli syurga yang hebat, pintar dan lasak. Isteri kepada seorang Jurutera Sivil yang rajin dan berdedikasi. Anak sulung kepada kedua ibubapa saya yang hebat. Kakak kepada 5 orang adik2 yang baik dan bijaksana. Sekarang masih lagi bekerja sepenuh masa di sebuah syarikat dalam industri aeronautik di Subang. Menetap di Kampung Melayu Subang, dan biasanya hari minggu (Sabtu dan Ahad) biasanya saya di rumah ibu bapa saya di Kajang.

Sebagai salah seorang ahli yang terlibat dalam syarikat makanan tambahan Shaklee ni juga, saya rasa saya bertanggungjawab untuk berkongsi dengan orang ramai pasal info2 kesihatan yang saya dapat secara langsung dan secara tak langsung sejak bergiat dengan geng2 Shaklee yang lain.
Seronok okeh bila kita dapat belajar dengan lebih dekat lagi benda2 yang berlaku di sekeliling kita! hehehehe. Sebab itulah terlahirnya blog ni...

Saya nak share apa yang saya tahu dan belajar, dengan orang lain. Mana yang baik kita sama2 kongsi. Manalah tau, ada yang memerlukan info yang kita share tu kan.

Saya nak berkongsi betapa pentingnya kita menjaga kesihatan semasa kita sihat supaya kita tak menyesal apabila sakit kelak.

Untuk mengenali saya atau produk Shaklee dengan lebih mendalam, boleh jumpa saya di blog...atau di facebook..atau di insta..atau nak lagi direct, kat sini je! Insya allah, saya akan cuba berikan konsultansi yang terbaik untuk semua ;-)


No comments:

Post a Comment

Jom Komen! ;-)

There was an error in this gadget