Thursday, March 10, 2016

#48: Produk ini bukan sekadar protein...

Biiznillah... 

Yang ni nak cerita pasal salah satu produk Shaklee yang memang hot selling kat Malaysia...nama dia Energizing Soy Protein (ESP)... sampai delegasi Shaklee kat US pun terkejut kenapa ESP yang paling laris? kenapa tak Vivix? (sebab kat US, Vivix ialah best produk mereka. Next time kita cerita vivix lak eh...)



Apa itu ESP?

ESP Soy Protein Isolate Powder merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting. Ia terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya.
  • Protein berasaskan tumbuhan berkualiti tinggi dengan kandungan 14gram protein soya dan 500mg kalsium bagi setiap hidangan ini amat baik untuk kesihatan jantung.
  • Membantu mengekalkan otot, memperbaiki tisu dan fungsi enzim dan hormon yang teratur.
Kod Produk: 11003 (850gram)
info daripada sini


Apa istimewanya ESP ni...

(1) ESP ada kajian klinikal...

Mula-mula, ESP bukan produk yg dibancuh di belakang rumah. Tapi ia dimajukan oleh para saintis Shaklee; saintis tau, bukan Doktor PhD yang main beli tu.

Malah, kajian-kajian ini bukan setakat dijalankan oleh saintis Shaklee sahaja, tetapi juga oleh saintis diluar Shaklee (pihak ke-3). Dalam banyak-banyak syarikat nutrisi, Shaklee je yang berani mintak pihak ke-3 buat kajian ke atas unsur yang Shaklee gunakan dalam produk-produknya. 

Syarikat lain takmo buat sebab takut kantoi secara klinikal.


(2) ESP ada semua asid amino penting yang diperlukan badan...




Badan kita perlukan protin untuk pembinaan sel yang sihat. pembinaan sel yang tak sihat boleh mengakibatkan macam-macam kanser kepada tubuh badan.

Unsur protein terdiri daripada 21 jenis asid amino;

(1) 12 daripadanya dinamakan non-essential amino acid & dihasilkan oleh badan kita
(2) 9 lagi dinamakan essential amino acid & HANYA boleh didapati daripada makanan yang kita makan (badan kita takkan boleh hasilkan protin-protin ini)

Nama essential acid amino yang terkandung dalam tin ESP ialah:
- Histidine
- Isoleucine
- Leucine
- Lysine
- Methionine
- Phenylalanine
- Threonine
- Tryptophan
- Valine

Dalam pasaran dunia, takde satu produk pun yang mampu membekalkan kesemua 9 essential amino acid ni; KECUALI ESP. Sampai sekarang pun, ESP adalah satu-satunya produk yang mengandungi SEMUA essential amino acid ni.


(3) Protein ESP tak rosak sebab diproses pada suhu yang rendah...


Dalam 100g daging yg kita makan, mungkin cuma ada 10g saja kandungan protin yg ada. Selebihnya “hampas”.

Kenapa hampas?

Sebab makanan yang kaya protin sekalipun akan hilang kandungan protin apabila dimasak. Ini kerana, protin akan musnah dalam suhu yg tinggi, lebih-lebih lagi pada suhu makanan dimasak.

Dan kalau masih ada pun sisa baki protin dalam masakan, strukturnya dah berubah kepada gumpalan-gumpalan yang sukar dihadam & diserap oleh badan. Sebab tu dah banyak makan ikan, ayam, daging pun masih terdedah kepada risiko tak cukup protin dalam badan.

Tapi, bukan protein yang terkandung dalam ESP...protin dalam ESP tak musnah. Kerana ia diproses pada suhu yang rendah supaya kandungan protin di dalamnya kekal berkualiti & kekal berkesan pada tubuh.


(4) Sumber ESP daripada bahan Non-GMO...




Zaman sekarang banyak tanaman yang dah di ubahsuai secara ginetik. Contoh paling mudah, kita kacuk bunga biar nampak lagi cantek atau buah supaya lagi sodap.

Antara produk popular yang dah diubahsuai secara ginetik (GMO) ialah buah jambu batu, tembikai & anggur yang takde bijik.

Begitu juga soya. Produk-produk lain di pasaran banyak dah diubah secara ginetik. Genetik mereka diubah supaya kurang risiko diserang penyakit, supaya hasilnya lebih banyak & sedap di makan.

Risiko menggunakan produk-produk GMO ini ialah unsur makanan yang dimakan dah bukan yang semulajadi lagi dah; struktur berbeza, dah terdedah kepada racun pestisid, menyebabkan alergi/kanser, etc.

Tapi ESP dibuat drpd soya bukan GMO iaitu asli. Setiap satu tin ESP diproses drpd 30kg soya.


(5) ESP mempunyai indeks glisemik yang rendah...



ESP ni low GI. Maksudnya ia ditukar kepada glukos & tenaga secara perlahan-lahan, bukan sekaligus.

Perasan x, kalau kita sarapan roti canai atau nasi lemak banyak-banyak sekalipun, lepas 2-3jam dah lapar balik dah. Sebabnya, roti canai & nasi lemak ni High GI. Cepat kenyang tapi pun cepat lapar sebab tenaga ditukar sekaligus. Makanan high GI macam ni juga tak bagus untuk pesakit kencing manis, sebab ia buat kandungan gula dalam badan mereka tak stabil.

Tapi ESP ni low GI.

Kalau makan pagi-pagi tu kadang tengah hari pun masih rasa kenyang lagi. Bila kita masih rasa kenyang, kurang lah rasa asyik nak makan je tuh. Bila boleh kurangkan makan/kalori, ia bantu kita kuruskan badan.

Juga sebab ESP ni low GI, ia bagus untuk pesakit diabetes atau kencing manis. ESP membantu stabilkan paras gula dalam badan mereka.

(6) ESP memang takde kolesterol...



ESP mmg TIADA kolestrol sebab ia dihasilkan daripada tanaman. Pesakit darah tinggi ke takde masalah nak makan ESP.

ESP juga takde asid urik, sebab asid urik ni hanya datang daripada badan, bukan makanan. Jadi, pesakit gout pun boley guna ESP.

Dan sebab ESP adalah produk semulajadi, ia sangat mudah dihadam & diserap oleh badan. Jadi, badan kita pun boleh dapat kebaikan protin drpdnya sebanyak & secepat mungkin.



Kesimpulannya...ESP Shaklee bukan sekadar Soya, tetapi adalah produk soya yang terbaik!

Serupa macam kereta Ferrari lah. Ferrari bukan setakat kereta, tapi kereta paling laju. (*yeah, Buggati kereta paling laju. tapi tak ramai yg kenal Buggati tu ape ke benda sebenarnya...)

Jadi, tak adil kalau ada customer nak samakan ESP dengan air kotak singgit ka, makan tauge ka, apa ka. Ber-tanyalah dengan kawan2 SID anda untuk tahu lebih lanjut pasal ESP ni..nak tanya saya pun buleehhhhh -))))


p/s: nak cuba kehebatan ESP terus?...just klik sini ..lepas tu inform saya untuk dapatkan jadual makan ye!


 ************************************************************* 
Borak-borak Sihat: 
012-3198354 (Farisya) 013-3528860 (Nasrul) 
SID ID: 912713 
 COD: Kampung Melayu Subang / Kota Damansara / Kajang POS: Nationwide
 ************************************************** 
Fadhilat Asma'ul Husna - Al Raqiib (Maha Peneliti)
Dialah yang melihat segala-galanya, sentiasa.
Penelitian setiap perincian dalam kewujudan makhluk-Nya ini adalah sebahagian daripada perlindungan-Nya.

No comments:

Post a Comment

Jom Komen! ;-)

There was an error in this gadget