Wednesday, January 20, 2016

#44: Usaha, Konsisten dan Tawakal yang Membuahkan Hasil...

Biiznillah...

Ok..testimoni sharing time! hehehe...

Ni kawan saya, Kay. Testimoni betul dan latest okeh! ;-)

Masalah yang dihadapi: Period tak teratur, jerawat naik mendadak, resdung sejak sekolah

Produk shaklee yang di ambil: ESP, Gla Complex, Alfalfa, B Complex, Vitamin C

***********************************************************************
TESTIMONI 008: KHAIRIAH ZAINOL ABIDIN

Assalamualaikum.

Kisah cinta Kay bermula bila Kay menghadapi masalah period yang tidak teratur, dan jerawat naik mendadak disebabkan hormon yang tak seimbang dan resdung sejak sekolah menengah. Kulit muka kusam dan tidak ceria..,tidak sekata...

Kay mula ambil shaklee pada 2013 setelah berhabis beribu jugak rasanya jika dikumpulkan ketika membeli pelbagai produk dan ke SPA untuk menangani masalah ini.

Alhamdulillah.. sejak ESP dijadikan minuman harian dan tidak pernah skip makan GLA,AlFALFA,B Complex,Vita C. Period Kay walaupun lambat untuk kembali normal seperti wanita lain.. Kay pernah jugak rasa nak stop makan selepas setahun takde perubahan.. tapi upline bagi semangat n teruskan makan. Katanya.. ada yg makan 3 tahun baru period ok. Kay tawakkal sahaja.. berharap bulan2 berikutnya.. period cantik.. alhamdulillah.. memang betul.. sekarang hampir setahun juga.. period Kay dh datang tiap bulan,kulit berjerawat semakin lama semakin kurang,parut2 makin pudar.. Simptom2 resdung juga semakin surut. Kalau tak.. kay memang rajin selsema sepanjang tahun.. berbulan bulan.. selsema tak berhenti.

Alhamdulillah. Syukur.. walaupun lambat kenal shaklee.. Kay dah tekad takkan cuba produk lain lagi.. InsyaAllah.. doakan Kay dapat menimang cahayamata pula selepas ini.. Terima Kasih semua. kiki emoticon.

 
 ************************************************************* 
Borak-borak Sihat: 
012-3198354 (Farisya) 013-3528860 (Nasrul) 
SID ID: 912713 
COD: Kampung Melayu Subang / Kota Damansara / Kajang 
POS: Nationwide 
************************************************************* 
Fadhilat Asma'ul Husna - Al Muqiit (Maha Pemberi Keperluan) 
Dialah pemberi keperluan kepada semua ciptaan-Nya. 
Allah menciptakan keperluan makhluk-Nya sebelum Dia mencipta mereka.
Tiada siapa yang boleh mengambil apa yang telah ditakdirkan untuk setiap ciptaan-Nya.

Tuesday, January 19, 2016

#43: Vitamin Ini Wajib Di Ambil...

Biiznillah...

Hari ni nak cerita pasal Vitamin C. Vitamin ni vitamin kesukaan dan hot selling saya! Kalau customer tak sure nak amik vitamin apa (tapi masih ada niat nak amik vitamin), Vitamin C ni adalah yang terbaik untuk dibeli. Banyak manfaat dia tau...

Ini vitamin C Chewable...

#p/s: Gambar ni ialah Vitamin C Chewable ...sesuai untuk kanak-kanak sebab boleh 'chew' saja ...tapi biasanya yang dewasa pun suka gak vitamin C kanak-kanak ni sebab nak feeling kanak-kanak...(eh?...)..hihihi..tak lah, yang dewasa pun boleh juga amik yang ni sebab mungkin mereka tak suka yang telan2 ni..tapi kena upkan dos la ye...sebab vitamin ni di-design untuk kanak-kanak..nanti tak cukup dos pula kalau orang dewasa yang amik...

Vitamin C merupakan satu antioksidan yang kuat dan telah digelar nutrisi 'serba-boleh'. Ia mempunyai pelbagai fungsi di dalam tubuh manusia dan mungkin juga dapat membantu melindungi kerosakan sel daripada pencemaran alam sekitar, tekanna, asap dan tabiat pemakanan yang kurang baik.

Khasiat kesihatan daripada Vitamin C:
* Sistem saraf dan imun yang sihat
   - Vitamin C penting untuk kesuluruhan kesihatan dan kesejahteraan kerana ia menyumbang kepada fungsi sistem saraf dan imun yang normal.

* Menangkis tanda penuaan
   - Vitamin C merupakan co-factor untuk proses sintesis kolagen. Kolagen membuatkan kulit lembut, anjal dan lasak serta melindunginya daripada berkedut.

* Kesihatan kardiovaskular
   - Vitamin C membantu mengurangkan pengoksidaan di saluran darah, memberikan perlindungan daripada tekanan darah tinggi dan penyakit kardiovaskular.

* Menyokong penyerapan zat besi
   - Vitamin C meningkatkan peyerapan zat besi, mineral penting untuk pembentukan sel-sel darah merah dan hemoglobin normal.

Ini Vitamin C Sustained Release

 #p/s: Gambar ni ialah Vitamin C Sustained Release...orang dewasa punye!

Tahukah anda...Kajian menunjukkan bahawa dengan mengunyah vitamin C dalam jumlah yang kecil beberapa kali satu hari membuatkan proses penyerapan vitamin C yang lebih baik. 

Jadi, jangan culas ye amik vitamin C setiap hari! ;-)

************************************************************* 
Borak-borak Sihat: 
012-3198354 (Farisya) 013-3528860 (Nasrul) 
SID ID: 912713 
COD: Kampung Melayu Subang / Kota Damansara / Kajang 
POS: Nationwide
 ************************************************************* 

Fadhilat Asma'ul Husna - Al 'Aliy (Maha Tinggi serta Mulia)
Dialah yang Maha Tingggi.
Dia adalah lebih tinggi daripada seluruh alam semesta yang diciptaNya.
Dekatnya dan jauhnya dan tingginya Dia tidak boleh diukur oleh kemampuan akal manusia.

Monday, January 18, 2016

#42: Cerita pasal eSell...

Biiznillah...

Apa benda eSell ni? Siapa yang pelopor eSell? Kat mana nak pakai? Bagaimana nak guna?....dan segala macam persoalan la kan...Pendek kata - Apa Ada Pada Esell??

Sebenarnya  eSell merupakan satu alat yang memudahcara pembelian produk-produk Shaklee. Maksudnya, ia boleh digunakan di blog, atau FB, atau Twitter, atau mana-mana media sosial dengan hanya sekali 'klik'.

"The Shaklee eSell Tool was created to facilitate your ecommerce transaction". 
Shaklee eSell [merupakan] alat [yang] diwujudkan bagi memudahkan transaksi e-dagang anda.

Contoh paling dekat ada dalam blog ni. Biasanya di bawah artikel mengenai satu2 produk tu, saya akan letak button 'buy now' atau seumpamanya. Ia akan link kan terus kepada page order di Shaklee tanpa pelanggan perlu melalui agen atau SID tersebut. Pendek kata, kalau yang ada rasa was-was untuk buat belian ke dalam akaun SID itu, anda boleh la guna terus button ni. Kiranya sekarang customer boleh terus buat belian produk Shaklee yang dikehendaki tu secara terus daripada blog atau sosial media yang lain,

Selamat ke cara bayarannya?
Insya allah selamat. Seperti pembelian secara online yang lain, pelanggan akan membuat bayaran terus kepada Shaklee menerusi Kredit Kad atau Debit Kad. Kalau masih ragu-ragu nak bagi info Kredit kad dan Debit kad ni, nampak gayanya memang anda kena contact terus la pengedar Shaklee di bawah ni. ;-)

Ok...Sedikit panduan ringkas untuk yang nak beli secara terus ni ye...

1-  Anda baca artikel pasal Set Tambah Berat Badan, dan anda berminat nak beli terus produk ni.
set gemuk
 2- Selepas anda klik di gambar Órder Now''di atas, anda akan di bawa ke landing page Shaklee seperti di bawah.

Klik 'Agree'.

3- Kemudian anda akan di bawa terus ke page vitamin2 untuk set tambah berat badan tadi. Ianya telah di-defaultkan order anda akan merangkumi kesemua vitamin untuk set tambah berat badan sebanyak kuantiti 1. Huhuhuhu...faham tak? Rujuk gambar untuk lebih jelas.

Kalau anda nak ubah set ni, anda boleh:
i- tick mana vitamin yang anda hendak
ii- berapa banyak kuantiti yang anda mahu

Jumlah besar ada tertulis kat bawah page tu.


4- Then,isi detail surat menyurat anda. Alamat untuk di pos ye. Kalau rasa2 seharian ada kat tempat kerja, letak la alamat tempat kerja. Karang courier sampai kat rumah, sapa pulak nak mengambilnya...


- Isi segala detail yang ditanya. Contoh macam kat bawah ni

- Finalise total order anda, jumlah bayaran yang akan dibuat dan alamat pengeposan anda. Buat final check kat sini. Kalau tak puas hati, buat pembetulan order sampai puas hati ok :-)


- Last sekali urusan pembayaran....masukkan detail kredit atau debit kad anda..kemudian tunggu la numbor kod yang nak dimasukkan...urusan pengesahan bank dan sebagainya. Senang je bayar online ni. Tapi kalau ragu-ragu atau mungkin first time nak buat pembayaran online, dia ada 2 cara, samada:

i- belajar dulu macamana nak buat belian online ( ada orang lebih mudah nak belajar one-to-one...ada orang kalau belajar guna tutorial je dah boleh...lihat kemampuan anda sendiri. Yang penting - tau macamana cara nak buat belian online :-))

ii- takyah beli online. Beli offline je (ada orang memang dah tepu nak belajar balik. Baik beli kat orang tu terus!..hehehe)
Haaa...senang je kan...tak perlu nak contact2 SID mintak tolong belikan. Klik je kat link tu. Cuma pastikan itu vitamin yang anda nak lah. Jangan salah vitamin pulak.

Next, tunggu barang sampai. Dekat terms and condition ada tulis berapa lama estimate postage akan sampai. Tapi time tengah musim sibuk macam musim perayaan ke, tak boleh nak agak sampai cepat. Banyak parcel tu. Jadi kena tolerate dengan keadaan dia @ si tukang courier :-)

Kalau tak dapat dalam masa 2 - 3 hari, contact tuan punya blog yang anda beli daripada link dia tadi. Nanti tau la dia uruskan selanjutnya.

Clear kan? Mana tak clear, cer cakap tang mana. Kita kasi clear sikit :-)


 *************************************************************
.   Borak-borak Sihat: 
012-3198354 (Farisya) 013-3528860 (Nasrul) 
SID ID: 912713 
 COD: Kampung Melayu Subang / Kota Damansara / Kajang 
POS: Nationwide
**************************************************************

Fadhilat Asma'ul Husna - Al Qahhaar (Maha Memaksa)

Seseorang yang terlampau cinta terhadap dunia hendaklah dia mengucapkan nama ini secara berterusan, Jika Allah s.w.t. mengkehendakinya, maka dia akan terbebas dari cintanya terhadap dunia dan sebagai ganti, cinta Allah s.w.t. akan datang semulajadi ke dalam hatinya; Insya Allah.

Tuesday, January 12, 2016

#41: Nutrisi yang sesuai untuk si kecil...

Biiznillah...

Antara banyak2 produk Shaklee, yang terkenal dan terbaik untuk anak-anak ialah MEAL SHAKE. Rupa dia yang macam ni hah...

Gambar Google


Kenapa ia terbaik untuk anak2?
Ok..adakah anak2 anda kategori picky eater?...
Tidak gemarkan sayuran dan buah-buahan?..
Atau, sering mengelak sarapan pagi?...
Atau, susah betul  nak suruh makan?...
Atau, anda tercari2 nutrisi lengkap untuk mereka membesar dengan sihat?...
haaaa....MEAL SHAKE ada jawapannya!(ecewah!)

Meal shake:
* Membekalkan tenaga untuk memulakan hari anak2...
* Setiap hidangan yang dicampur dengan susu rendah lemak mengandungi 240 kalori tenaga...
* Merupakak sumber protein yang kaya dengan 9 amino asid penting...
* Menyokong perkembangan tumbesaran yang sihat...
* Sumber terbaik kalsium dan serat pemakanan...
* Membantu mengekalkan kesihatan tubuh dan sistem pencernaan...
* Membekalkan 19 vitamin dan mineral penting, termasuk vitamin A, Bs, C, D, E, zat besi, zink dan iodin...
* Untuk tubuh kekal sihat dan kuat...
* Formula rendah lemak dan rendah indeks glisemik...
* Umtuk mengekalkan berat badan ideal...

Tahukah Anda juga...meal shake adalah salah satu nutrisi yang dapat menaikkan berat badan anda?..Kiranya kalau anda kategori under weight, memang sesuai sangat amik meal shake...Makna kata, meal shake bukan sahaja sesuai untuk anak2..tetapi juga ia sesuai untuk orang dewasa ye...


Gambar Google

Kebaikan meal shake yang mengandungi:

@ Kalsium dan Vitamin D - Untuk tulang yang sihat
@ Protein, Lemak dan Karbohidrat - Untuk perkembangan tumbesaran yanng sihat, pemulihan dan tenaga
@ Vitamin A, C, E - Sebagai antioksida untuk mengealkan kulit yagn cantik dan memperbaiki tisu
@ Sera pemakanan - Membantu sistem pencernaan dan mengatasi sembelit
@ Vitamin B - Penghasilan tenaga, Fokus dan Daya tumpuan
@ Sodium - Keseimbangan bendalir dalam badan
@ Vitamin C - Untuk gusi, gigi dan kulit yang sihat
@ Vitamin B6, Thiamin, Riboflavin, Asid Folik - Membantu dalam sistem saraf
@ Vitamin A - Penglihatan yang baik
@ Vitamin C, E dan Bs - Melawan jangkitan, membaiki tisu

Cara pengambilan meal shake ada beberapa cara. Ikut kesesuaian nak minum macamana...

1: 1/4 cawan (34g) Meal Shake + Susu rendah lemak
atau,

2: 1/4 cawan (34g) meal shake + air biasa
atau,

3: 1/4 cawan (34g) meal shake + susu + kiub ais => kisarkan dalam pengisar
atau,

4: 1/4 cawan (34g) meal shake + yogurt + buah => kisarkan dalam pengisar


Pelbagai cara nak menikmati meal shake...cuba salah satu...ANDA PASTI SUKA!!

(dah macam ayat iklan lak entry info ai..hihihi)

Klik gambar untuk try seround!

Esell for meal shake


 *************************************************************
.   Borak-borak Sihat: 
012-3198354 (Farisya) 013-3528860 (Nasrul) 
SID ID: 912713 
 COD: Kampung Melayu Subang / Kota Damansara / Kajang 
POS: Nationwide
**************************************************************

Fadhilat Asma'ul Husna - Al Kabiir (Maha Besar)
Dialah yang Maha Besar, yang terbentang keagungan dari sebelum permulaan sehingga selepas pengakhiran.
Tiada perbezaan bagi-Nya antara penciptaan atom dan alam semesta yang tidak terhingga jarak pandangannya.
Ini adalah kehebatan-Nya yang mampu kita fahami. Dia adalah lebih besar daripada itu.

Monday, January 11, 2016

#40: Video Testimoni Mengenai Set Hamil Shaklee

Biiznillah...

Kali ni rasa nak share satu video testimonial daripada pengguna Shaklee yang menggunakan set hamil dan set berpantang Shaklee.

Sebelum menggunakan set hamil Shaklee, beliau sering mendapat sembelit sampai berlaku pendarahan. Membawa kepada buasir juga tu.

Dan lagi, selalu alami ketegangan kaki atau cramp pada waktu malam. Cramp pada waktu malam bagi wanita yang hamil sering berlaku. Sakitnyaa mak oiii....memanggg..umphhh!


Meh dengar sendiri la kata2 beliau ye..;-)



video


Apa yang ada dalam Set Hamil Shaklee?
Ada:
 -Vitamin C Sustained Release
 - Vitalea: Multivitamin dan pembekal zat besi yang terbaik
 - B Complex: lengkap dengan vitamin B termasuk asid folik untuk pembentukan bayi di dalam rahim
- Omega guard
- Ostematrix: membekalkan kalsium dalam badan dan membantu ketika menghadapi cramp
- ESP: membekalkan protein

Set hamil Shaklee dan Set berpantang Shaklee lebih kurang sama..cuma ada tambahan Zinc dalam set berpantang yang membantu menyembuhkan luka akibat pembedahan dalam badan.

Jadinya, tak rugi beli set hamil ni sebab boleh bawa ke set berpantang pula kalau tak sempat dihabiskan. Jimat!!

 ************************************************************* 
Borak-borak Sihat: 
012-3198354 (Farisya) 013-3528860 (Nasrul) 
SID ID: 912713 
 COD: Kampung Melayu Subang / Kota Damansara / Kajang 
POS: Nationwide
 **************************************************
Fadhilat Asma'ul Husna - Asy-Syakuur (Maha Bersyukur)
Dialah yang membalas perbuatan yang baik dengan ganjaran yang lebih besar.
Kesyukuran adalah membalas yang baik dengan yang baik.

Tuesday, January 5, 2016

#39: Set Cantik Versi Bajet...

Biiznillah...

Ni lah testimoni yang dijanjikan tu...Jom baca !

Masalah: Kulit muka berjerawat teruk sehingga kemerahan dan berparut

Produk Shaklee yang membantu: Vitamin C, ESP

*******************************************************
TESTIMONI 007: NURUL SYAZWANI MOHD SALLEH

Dulu kulit saya agak bersih..takde obvious scars..memang boleh keluar bare faced tepek bedak baby je. tak tipu. bila nak meningkat umur remaja, perasaan nk cuba pelbagai produk pun datang. the last thing i remembered using ialah sabun susu beras..mula-mula pakai ok je..tapi lepas tu mula naik jerawat yang teruk..kononnya pegi facial spa untuk buat treatment..tapi masalahnya orang kat spa tu picit semua jerawat with no mercy..tak peduli pun walau àir mata deras mengalir.. muka lepas tu jadi sangat teruk..kemerahan dan berparut..and from that day onwards saya jadi kurang keyakinan diri sebab kulit muka dah teruk..

Kemudian saya bertemu dengan shaklee dan mula amalkan set kecantikan shaklee..vitàmin C dan ESP..sebab buudget tak banyak masa tu. saya ambil 2 supplement ni dulu...setelah berusaha dan konsisten, alhamdulillah kulit saya semakin pulih. kulit pun semakin cerah, tona kulit sekata dan saya juga rasa lebih sihat smile emoticon

Nurul Syazwani Mohd Salleh


TESTIMONI KULIT CANTIK

 ************************************************************* 
Borak-borak Sihat: 
012-3198354 (Farisya) 013-3528860 (Nasrul) 
SID ID: 912713 
 COD: Kampung Melayu Subang / Kota Damansara / Kajang 
POS: Nationwide
 **************************************************
Fadhilat Asma'ul Husna - Al Samii' (Maha Mendengar)
Dialah yang mendengar semua - yang datang dari bibir, yang melintasi fikiran, yang dirasai oleh hati, desiran daun di dalam tiupan angin, langkah-langkah semut dan atom yang bergerak melalui kekosongan.

#38: Ko pakai pencuci muka apa?...

Biiznillah...

Jap lagi nak share satu testimoni daripada kawan Shaklee saya sendiri...Testimoni daripada Syaz..

Sejarah kulit muka dia sama macam saya: masa zaman remaja dalam umur sekolah menengah camtu, kulit muka sangat bersih. Bersih daripada jerawat or any other masalah kulit yang biasa di alami oleh kawan2 remaja lain. Siap kawan2 selalu tanya "Ko pakai pencuci muka apa aaa Opie?"..Jawapan saya "Aku tak pakai pencuci muka. Cukup lah Wuduk saja yang aku amalkan.."haaaaa...gitu kau....sampai meluat lah derang nak dengar...wahahhahahahahha...

Tapi serius, memang tak pakai pencuci muka lah dulu..setakat basuh2 dengan air paip gitu je..lepas tu bila keluar tu hanya pakai bedak je buat sapu2. Takde lah beria nak ber-Spf, moisturizer bagai...Tapi mungkin zaman sekarang dah teruk sikit kot environment dia sampai benda2 tu semua terpaksa kita pakai...kalau tak, akan memberi kesan kat kulit muka sendiri kan..

Sambung cerita...lepas tu saja gatai nak try test pakai pencuci muka satu ni..Walaupun kulit muka elok bersih, tapi macam tak syok tengok kawan2 kat asrama dok pakai pencuci muka masing2...Walaupun kita hati kudus 'Pakai air wuduk' saja, tapi hati remaja tu nak la jugak merasa pakai pencuci muka kan.

Nak dijadikan cerita, memang membeli la satu jenis pencuci muka ni yang sekaligus menjadikan sejarah tak kan berulang semula...uwaaaa.....Bila dah start pakai tu, hmmm, sedihhh...terus naik biji2 halus camtu..lepas tu start berjerawat. Yelah, takde la sampai fasa berjerawat teruk macam orang lain...tapi kira macam perubahan kita ni dari fasa kulit bersih licin terus jadi kulit berjerawat kasar pulak...sedih la kot...dah tak tau nak patah balik camno dah...

Produk apa yang kita pakai tu? Hmmm...malas nak tulis...kat orang lain ok jeh..kat kita lak tak jadi kan,,,kang orang kata wat fitnah plak...so, chill jeh!



Lama juga keadaan tak berkenan di hati tu ...tapi dah tak berani nak pakai sebarangan...sebab menyampah dan bimbang jadi lebih teruk.

Sekarang dah jumpa Shaklee, baru macam lega sikit...nampak la ada perubahan..kalau naik jerawat, dah tau trik nak kena amik suplement yang mana..kalau nak menten kulit sedia ada, tau dah nak amik yang mana..ada la certain trik and tips yang perlu tahu...haaa gitu...

So, kalau ada yang experience dan masih mencari penyelesaian, just drop by a Whatsapp atau call, then kita borak2 lebih lanjut okey! ;-)

 *************************************************************
Borak-borak Sihat: 
012-3198354 (Farisya) 013-3528860 (Nasrul) 
SID ID: 912713 
 COD: Kampung Melayu Subang / Kota Damansara / Kajang 
POS: Nationwide 

 ************************************************** 
Fadhilat Asma'ul Husna - Al Haliim  (Maha Penyabar)
Dialah tidak segera dalam memberikan azab kepada mereka yang bersalah. 
Dia menunggu, memberi masa untuk orang yag berdosa menyedari kesalahan mereka dan memohon ampun supaya diampunkanNya dan bukannya menghukum mereka.

Monday, January 4, 2016

#37: Asalnya nak tambah susu ibu saja, bonus yang dia dapat....

Biiznillah...

Kali ni nak share testimoni mengenai breastfeeding. Rasanya normal untuk ibu2 selepas melahirkan akan mencari cara untuk tambah ASI atau air susu ibu. Cuba macam2 supplement..atau makanan yang orang lain claim boleh tambahkan lagi susu ibu..belajar teknik2 nak keluarkan air susu dari breast...haa, normal la tu...semuanya dalam fasa mencari ilmu breastfeeding.

Last resort, ibu2 ni akan bagi susu formula kepada anak2 dia..no choice..disebabkan pengeluaran susu ibu tu menjadi sikit. Jadi stress lagi sebab dilema antara nak bagi anak tu susu ibu dan air susu tak leluar...huhuhuhu...memang boleh jadi stress wooo...Tak salah juga. Semua ibu nak berikan yang terbaik kepada anak2 mereka ..jadi, #jangankecammereka ye...hihihihi

Ok, mengenai testimoni di bawah,...

Masalah: Nak tambahkan susu ibu..Bonus: dapat cantikkan kulit si ibu

Produk Shaklee yang membantu: ESP, Vitamb B Complex, Vitamin C Sustained Release

*************************************************************

TESTIMONI 006: LIYANA UZIR

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua... smile emoticon

Saya Nurliyana binti Uzir. Berumur 31 tahun. Saya dah tau pasal Shaklee ni lama dah.. Lama tak lama la. Since saya menyusukan anak pertama lagi kira2 5 tahun dahulu. Tapi masa tu saya tak ambil peduli pun. saya buat tak tau je. Yang saya tau masa tu, Shaklee ni untuk ibu-ibu yang menyusukan. Suplemen untuk ta...mbah susu.

Saya menyusukan Dani secara direct hanya 4 bulan. Sebab Dani mengalami confuse nipple. Dan saya tak berusaha nak cari solutionnya. Macam2 cara kan nak bagi anak tu direct feed balik.. Tapi saya buat tak kisah je. Ada susu adala.. Dia nak dia minum, kalau tak nak kita bagi susu FM je.

Saya tak cukup ilmu masa tu. Menyesal tak sudah sampai sekarang. Dan yang paling rasa bersalah bila saya tengah menyusukan Zara, si Dani tengok je. Pastu dia cakap dia nak. Saya terfikirkan apa yang Dani fikir. Mesti dia tertanya-tanya kenapa dulu dia tak macam adiknya. Arghhh, bersalah sangat! Maafkan mama sayang...
.

Bila mengandungkan anak kedua 2 tahun kemudian, hidayah saya tak sampai lagi untuk makan vitamin Shaklee ni. Tapi semangat nak menyusukan kembali tu berkobar-kobar. Hari-hari saya telek breastpump spectra 3 saya yang sempat pakai 3 bulan je masa Dani kecik dulu. Sampai lah bersalin.. saya kecewa sangat2 sebab susu saya setitik pun tak keluar. Frust! 3 hari takde susu.

Baby asyik menangis-nangis haus. Nurse kat hospital pun tak boleh buat apa. Terpaksa topup FM. Saya masa tu dah la sakit lepas bersalin. Tension lagi ngan susu tak keluar. Anak melalak plak lagi. Manala susu nak keluar kalau saya tension + stress kan..
.

Hari ketiga balik kampung, saya tuam n urut sikit. Barulah start meriah. Buang terus FM. Lepas sesi mengurut 3 hari, lagilah meriah. Berterusan alhamdulillah sampailah ke hari ini.

Masa berpantang, saya makan jamu kampung. Masa tu tak sampai lagi seru nak makan vitamin Shaklee. Sampaila si baby dah start meragam malam-malam. Menangis je. Asal tengah malam je menangis.

Saya try google kat internet nak cari punca baby menangis tengah malam. Reason yang logik, dia laparlah kan. But kerap kot saya bangun menyusukan dia, sampai saya penat letih bila siang esoknya. Yang jadi mangsa, si abang. Sian dia. Asyik kena marah..
.

Tak boleh jadi ni...
.

Saya google then terbaca pasal pengalaman2 ibu2 yang consume Shaklee ni. Saya baca baca dan baca. Dapat gaji terus saya order trial pack Set B (Breastfeeding). Kebanyakan yang saya baca semua kata best sangat set ni. Masa tu niat saya makan Shaklee ni, nak banyakkan susu badan dan nak bagi susu yang bernutrisi untuk baby. Belajar dari pengalaman lepas. Stok EBM saya start kumpul masa seminggu sebelum baby sebulan.saya lagi teruja bila susu badan saya jadi pekat dan likat. Hahaha.. plus jadi warna kuning..

Saya google google lagi, cari perbezaan kenapa masa saya tak makan shaklee susu cair je. Banyak memang banyak. Tapi putih biasa je. Tapi bila makan shaklee, susu jadi pekat kuning likat. Haa ko! Yang lagi super duper best, baby dah tak meragam lagi malam-malam. Tido jadi lagi lena.. Mama dia pun dapat rehat secukupnya...
.

Tu bab susu..
.

Ada cerita lain. Pasal kulit muka.
.

Saya sendiri pun tak perasan. Sehinggalah suami sendiri yang memuji. Masa dia balik kampung untuk menjenguk saya ngan anak-anak, lepas salam2 semua, dia tenung saya dan cakap.. "Eh, mama makin putihlah." Saya senyum kembang kempis lah. Waktu tu saya menafikan lagi yang sebab kulit saya jadi bersih tu.. Sebab saya ingat hormon baru lepas bersalin kan. Sampai saya naik keje pun, ramai yang cakap, kulit dah makin cantiklah.. Berseri-seri ibu baru lepas bersalin ni. Baru saya sedar masa tu. Sebab saya baca baca dan baca pengalaman orang lain pasal shaklee ni.

Dalam set B ni ada Vit C dan Vit B. Ambil maklum yang Vitamin C amat penting untuk pembentukan kolagen, anti oksida dan menguatkan sel-sel. Vitamin B membantu sebagai penenang dan ianya membantu isteri, ibu dan wanita berkerjaya yang kurang rehat agar sentiasa bertenaga. Thats why, ibu-ibu yang nenyusukan yang mengambil set Breatsfeeding ni kelihatan berseri-seri..smile emoticon

.

Buktinya gambar kat attachment tadi. Gambar yang atas, masa Dani kecil lagi. Kusam comot kulit muka saya. Gambar bawah masa saya consume Shaklee time Zara ni, banyak khasiatnya. Beza kan? Di samping nak memperbanyakkan susu, baby sentiasa kenyang bila lepas menyusu, kulit muka juga makin berseri-seri malah baby pun dapat khasiatnya, bambam badan dia...
.

Yang penting, kena konsisten makan vitamin dan minum banyak air. Paling sikit 2 liter okay...
.

Pakej haaa... badan cergas, susu ibu banyak, baby sihat, kulit muka makin flawless... semuanya kerana Set Breastfeeding Shaklee. Tq Shaklee! Akhirnya terus sign up jadi ahli Shaklee... smile emoticon

Sekian. harap bermanfaat apa yang saya share kan ni.. smile emoticon



*************************************************************
Borak-borak Sihat:
012-3198354 (Farisya) 013-3528860 (Nasrul)
SID ID: 912713
COD: Kampung Melayu Subang / Kota Damansara / Kajang
POS: Nationwide

**************************************************
Fadhilat Asma'ul Husna - Al Ghaffuur(Maha Pengampun)
Dialah yang Maha Pengampun.
Dia menutupi kesalahan kita dari kaca mata orang lain, dari para malaikat serta melegakan kita daripada berterusan mengingati kesilapan kita.
There was an error in this gadget