Tuesday, January 19, 2016

#43: Vitamin Ini Wajib Di Ambil...

Biiznillah...

Hari ni nak cerita pasal Vitamin C. Vitamin ni vitamin kesukaan dan hot selling saya! Kalau customer tak sure nak amik vitamin apa (tapi masih ada niat nak amik vitamin), Vitamin C ni adalah yang terbaik untuk dibeli. Banyak manfaat dia tau...

Ini vitamin C Chewable...

#p/s: Gambar ni ialah Vitamin C Chewable ...sesuai untuk kanak-kanak sebab boleh 'chew' saja ...tapi biasanya yang dewasa pun suka gak vitamin C kanak-kanak ni sebab nak feeling kanak-kanak...(eh?...)..hihihi..tak lah, yang dewasa pun boleh juga amik yang ni sebab mungkin mereka tak suka yang telan2 ni..tapi kena upkan dos la ye...sebab vitamin ni di-design untuk kanak-kanak..nanti tak cukup dos pula kalau orang dewasa yang amik...

Vitamin C merupakan satu antioksidan yang kuat dan telah digelar nutrisi 'serba-boleh'. Ia mempunyai pelbagai fungsi di dalam tubuh manusia dan mungkin juga dapat membantu melindungi kerosakan sel daripada pencemaran alam sekitar, tekanna, asap dan tabiat pemakanan yang kurang baik.

Khasiat kesihatan daripada Vitamin C:
* Sistem saraf dan imun yang sihat
   - Vitamin C penting untuk kesuluruhan kesihatan dan kesejahteraan kerana ia menyumbang kepada fungsi sistem saraf dan imun yang normal.

* Menangkis tanda penuaan
   - Vitamin C merupakan co-factor untuk proses sintesis kolagen. Kolagen membuatkan kulit lembut, anjal dan lasak serta melindunginya daripada berkedut.

* Kesihatan kardiovaskular
   - Vitamin C membantu mengurangkan pengoksidaan di saluran darah, memberikan perlindungan daripada tekanan darah tinggi dan penyakit kardiovaskular.

* Menyokong penyerapan zat besi
   - Vitamin C meningkatkan peyerapan zat besi, mineral penting untuk pembentukan sel-sel darah merah dan hemoglobin normal.

Ini Vitamin C Sustained Release

 #p/s: Gambar ni ialah Vitamin C Sustained Release...orang dewasa punye!

Tahukah anda...Kajian menunjukkan bahawa dengan mengunyah vitamin C dalam jumlah yang kecil beberapa kali satu hari membuatkan proses penyerapan vitamin C yang lebih baik. 

Jadi, jangan culas ye amik vitamin C setiap hari! ;-)

************************************************************* 
Borak-borak Sihat: 
012-3198354 (Farisya) 013-3528860 (Nasrul) 
SID ID: 912713 
COD: Kampung Melayu Subang / Kota Damansara / Kajang 
POS: Nationwide
 ************************************************************* 

Fadhilat Asma'ul Husna - Al 'Aliy (Maha Tinggi serta Mulia)
Dialah yang Maha Tingggi.
Dia adalah lebih tinggi daripada seluruh alam semesta yang diciptaNya.
Dekatnya dan jauhnya dan tingginya Dia tidak boleh diukur oleh kemampuan akal manusia.

No comments:

Post a Comment

Jom Komen! ;-)

There was an error in this gadget