Wednesday, October 28, 2015

#30: Menghadiri conference MUG 2015 di Montreal, Canada.


Bismillah...

Bagi orang yang bekerja makan gaji, kalau di arahkan untuk pergi ke mana2 atas urusan kerja adalah biasa. Nak tak nak, kena la tinggalkan keluarga, kerja2 rutin di pejabat, kerja2 rutin di rumah, ..pendek kata semua lah..jadi kena bersedia mental dan fizikal untuk tinggalkan yang biasa dan hadapi yang baru.

Baru2 ni nama saya terpilih untuk ke luar negara atas urusan kerja. Nama lainnya ialah ”out station”. Kena pergi Canada. Lokasi sebenar: Montreal. Apa yang perlu saya lakukan untuk itu? Antara benda wajib yang masuk dalam list ialah:
-          kenalpasti detail urusan
-          uruskan visa kemasukan ke Canada
-          tempah pernerbangan dan hotel
-          cari informasi mengenai Canada
-          buat checklist untuk ke sana dari segi makanan, pakaian, apa yang perlu bawa masa konferens, transit dan sebagainya..

Ok, ni saya nak share langkah2 yang perlu diambil untuk pastikan segalanya berjalan lancar...hihihi..(tah kenapa benda ni pun jadi cerita dalam belog ;-P)

Gambar Google: Bendera Canada rupa gini

Pertama – kenalpasti perkara2 penting mengenai trip tu; tarikh, lokasi, tujuan, agenda.  Macam trip kali ni yang saya kena hadiri ialah merupakan conference tahunan yang dianjurkan oleh syarikat yang mengeluarkan system yang syarikat saya gunapakai. Nama konferens ni MUG Conference – Maintenix User Group. Maintenix ni nama system tu. Tapi bila syarikat kita beli, tukar nama jadi AMROS. Dekat kan? Maintenix – Amros, AMROS – Maintenix. Hihihi.. bila dah register untuk hadiri konferens tu, penganjur akan bagi semua detail: buat apa, kat mana, tarikh bila, apa agenda, apa yang kena bawa masa konferens, dan macam2. kena rajin la baca semua yang dia bagi from page to page. Malas kalu, memang kosong la info. Sendiri paham..hihihi

Gambar Google: Kawasan jajahan dalam Canada. Area saya yang nama Quebec tu. Montreal dalam situ. Kira macam kalau alamat kita: nombor blablabla, poskod, Kajang, Selangor, Malaysia.
Kalau dia ni: nombor blablabla, poskod, Montreal, Quebec City, Canada..hehehe


Kedua – kenalpasti benda wajib yang perlu dibuat untuk menghadiri konferens tu. Macam saya, kena dapatkan surat kebenaran daripada pihak management merangkap bajet perjalanan untuk trip ni. Lepas tu kena tau nak pergi Kanada kena ada visa. Lepas tu kena tempah tiket penerbangan dan hotel. Surat kebenaran bajet tu macam nak mintak approval untuk advance la jugak. (Eh, mesti lah..bukan kita yang nak pergi pun..syarikat hantar, kena la bantu dari segi kewangan, terutamanya..hihihi.) Kemudian kena tau untuk masuk ke Kanada ni memerlukan visa. Jadi, kena apply lah Visa nya. Nak apply visa kena hantar ke Kedutaan Kanada di Singapura. Yang kita ni kena deal dengan Kedutaan Kanada di Malaysia, kemudian dia akan hantar ke Singapura untuk proses. Makan masa juga ni..dalam 3 minggu baru dapat visanya. Jadi, tak boleh tangguh lelong2 sangat. Confirm kena pergi, then uruskan benda wajib dulu. (mana tak wajibnya, kalau tak de visa, tak boleh masuk ler Kanada tu..). Sebelum setel Visa, kena pastikan pasport masih sah laku. Sebab Visa tu nanti dia akan tepek kat dalam pasport kita. Berkait2 kan benda2 ni?...hihihi

Visa dah kena palang tanda dah digunakan ;-p

 Ketiga – benda wajib seterusnya nak tempah tiket penerbangan. Since kena tempah sendiri, which is saya suka sebab banyak pilihan boleh kita buat untuk suit dengan apa yang kita nak..hihihi..saya tetapkan nak cari flight yang makanan  dia halal belaka. Kenapa saya berkira? Sebab kat Kanada, maybe susah nak cari makanan halal. Jadi last pilihan saya ada, makanan halal dalam flight. Lepas tu kena ambil kira pulak flight tu ada buat transit ke tak. Kena decide juga berapa banyak transit kena buat, berapa lama masa transit tu (orang panggil connecting time).

Keempat – nak tempah hotel. Ni pun jenuh gak mencari. Pertama2 sekali, kena tau lokasi konferens tu. Kemudian dengan bantuan google maps, cari hotel terdekat dengan tempat konferens. Memandangkan pergi atas nama syarikat, jadi kena alert dengan kos peruntukan syarikat untuk tempahan hotel. Berapa syarikat peruntukan untuk satu malam. Dahlah nak tibai 5 malam, lagi nak pilih mahal2..hahaha... Janganlah over bajet syarikat, walaupun bukan kita bayar. Be considerate orang kampung kata.

Kelima – cari info Kanada. Masa nak pergi nanti tengah musim apa, pakaian macamana, apa tempat2 menarik dalam perimeter kita masa kat sana nanti, duit tukaran dia macamana..

Keenam – buat checklist barang2 yang nak kena bawa. Makanan, amik kira hal masa kat konferens tu sekali. Sah2 masa konferens makan kat sana, jadi tak perlu nak bawa banyak sangat makanan untuk cover. Lagi pun, ala..seminggu je pun kalau nak makan roti je tiap2 hari..hahahhaha...tak tahan roti aje? Hmmm, ikutlah suka hati nak bawak apa. Beg you..huhu. Pakaian, amik kira masa konferens nak pakai apa, time tidur, baju jenis macamana sesuai untuk ke sana, kasut, aksesori, dan mana2 yang patut yang biasanya kita pakai.

Ketujuh – pastikan apa2 info yang kita tak pasti, bagitau penganjur siap2. Macam penganjur ni dah bagi itenari yang lengkap untuk konferens. Actually takde nak tanya sangat. Tapi saya just nak confirmkan satu kat dia, mintak dia sediakan makanan halal atau at least, Kosher (kategori halal juga tapi untuk Yahudi). Alhamdulillah, mereka alert dengan request saya. Siap nak confirmkan lagi samada saya ok tak kalau makanan tu jenis ikan dan sayur. Ok la kan, senang kerja. Kalau tak nanti takde lah mengggagau nak komplen penganjur tak ikut keselesaan peserta. Dah tak bagitau, kenapa?hahaha..

Kelapan – ha, penting..tukar duit.ni pun jenuh la..hahahhaha...nak cari kat mana tempat tukaran yang rendah, nak tunggu advance masuk dulu, masa transit pakai matawang apa, kat Kanada matawang apa...ha, semua lah kena alert...hihihi

Gambar Google: Matawang Qatar - QAR (Qatar Riyal)

Gambar Google: Matawang Canada - Canadian Dollar (CAD)


Kesembilan – uruskan perancangan sepanjang peninggalan kita. Perancangan keluarga, perancangan urusan pejabat...setel siap2..kalau perlu gosok baju, gosok siap2..top up stok makanan, top up siap2...kerja2 yang urgent, bagitau siap2 kat staf sebagai persediaan untuk dia menjawab nanti. Plan la..memang kena plan..

Kesepuluh – kenalpasti benda2 remeh tapi penting. Apa tu? Macam waktu solat kat sana..time bila masuk waktu, time bila nak solat. Lepas tu, standby plan B, cari masjid terdekat dengan perimeter in case tempat konferens tu takde ’Prayer Room’. Kenalpasti ’Prayer Room’ masa kat airport. Camana nak pakai kiblat masa kat bilik hotel. Remeh kan? Abis, kalau tak buat, sampai sana nganga..hahahah..lagi satu, kena alertkan bank kad kredit kita yang kita akan ke luar negara dan kemungkinan akan membuat transaction masa ke luar negara. Jangan nanti bank terkejut tiba2 pulak ada buat transaction kat oversea, pastu dia sangkutkan..hahhahahahaharuuu...biasanya benda2 remeh dah termasuk dalam list2 yang kat atas, macam baju, makanan, duit berapa banyak nak tukar...untuk mengelakkan rasa menyesal sebab tak prepare, tu yang kena ambil masa fikirkan benda2 remeh ni sekejap. Kasi setel. Hihihi..

Apa lagi eh?..so far itu je kot. Atau kalau ada tertinggal tu, nanti lain masa saya masukkan. Semoga bermanfaat ;-)


Hubungi: 
012-3198354 (Farisya) 013-3528860 (Nasrul) 
SID ID: 912713 

 COD: Kampung Melayu Subang / Kota Damansara / Kajang 
POS: Nationwide 

 ************************************************** 

Fadhilat Asma'ul Husna - Al Mu'iz (Maha Memuliakan) 
Dialah yang memberi pernghormatan dan dialah yang memberi penghinaan.

Monday, October 26, 2015

#29: Perbezaan ubat dan supplement

Bismillah...

Topik ni dah selalu baca sebenarnya. Tajuk ni pun jumpa dalam secret group kami. Tapi bila nak recall balik info ni, jadi terlupa ada kat group mana...sebab banyak sangat group ;-P..So, nak simpan dalam blog. Mudah-mudahan senang nak cari lepas ni.

Apa itu ubat? Dalam definisi, ubat bermaksud bahan kimia yang diambil untuk mengurangkan simptom atau mengubat penyakit. Ubat ni ada 2 bahagian: 
(1) ubat am - iaitu ubat yang boleh dibeli di farmasi atau kedai biasa je. Contoh supplement, ubat demam.
(2) ubat terkawal - iaitu ubat yang hanya boleh didapati dengan preskripsi doktor atau ahli farmasi. Terbahagi kepada 2:- ubat terkawal dengan preskripsi. Contoh ubat darah tinggi, ubat kencing manis.
                                 - ubat terkawal tanpa preskripsi. Contoh krim sapu, ubat selsema.  . 

Apa pula maksud makanan tambahan @ supplement ? Ia didefinisikan sebagai bahan organik yang diperlukan dalam badan yang menampung pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan dan pencegahan penyakit. Ia membantu pertumbuhan proses protein, karbohidrat, dan lemak dalam badan. Dah namanya pun 'makanan tambahan', jadi ianya tidaklah dapat memberi selengkap pengambilan sebagaimana makanan biasanya. Ia hanya melengkapi nutrien yang mana berkurang dalam badan.

Sedikit perbincangan:

Medicine ( Ubat )
1. Ubat sama sekali ganjil dengan tubuh badan. Mereka tidak menjadi sebahagian daripada tisu-tisu kita, tidak juga menyumbang bahan-bahan berkhasiat.

2. Ubat ialah ejen-ejen bahan kimia yang kuat yang boleh mengubah fungsi –fungsi secara menggangu tindakan biokimia dan proses enzim.

3. Ubat boleh mengakibatkan kesan sampingan, kebanyakkan boleh kekal dalam badan. Malahan aspirin boleh kekal menyebabkan ganguan dalam perut, pendarahan dalam perut, loya, ganguan penglihatan, ganguan mental, bintik-bintik merah, telinga berdengung, ganguan penghadaman, dan akhirnya kematian.

4. Ubat bertindak baik hanya secara berasingan. Ianya boleh mengganggu satu sama lain dan berkebolehan menghasilkan kesan-kesan sampingan.

5. Ubat baik dimakan biasanya dipertengahan waktu makan untuk mengelakkan hal yang saling mempengaruhi atau pencairan oleh kesan daripada makanan.

6. Ubat berkemungkinan membawa maut. Salah guna atau berlebihan boleh membunuh.

7. Ubat menghasilkan kesan kepada setiap orang. Tidak kira apa keadaan seseorang itu. Seseorang boleh merasai kesan pengambilannya.

3. Ubat bertindak cepat dan menakjubkan, sering mengasar.seseorang boleh menerima kesanya dalam jangka masa yang pendek beberapa minit atau jam.

8. Ubat merawat kesan atau tanda-tanda sakit, tetapi bukanya merawat punca sakit. Ianya hanya menutup kesakitan, disebaliknya ia tidak memulihkan. Tidak ada keadaan badan yang disebabkan oleh kekurangan apa-apa ubat. Contohnya sakit kepala, bukan disebabkan kekurangan aspirin pada sesuatu system.

9. Orang tua biasanya memerlukan ubat pada sukatan yang rendah kerana mudah mendapat kesan sampingan yang serius jika dibandingkan dengan orang muda.

Supplement @ Makanan Tambahan ( Vitamin )

1. Bahan berkhasiat kesemuanya adalah semulajadi dan penting kepada tubuh badan. Jika kita kurang mengambilnya, kita akan mati atau sengsara akibat kelemahan fungsi organ.

2. Bahan-bahan berkhasiat bertindak dengan membantu tindakan biokimia dan pemprosesan enzim.

3. Bahan berkhasiat tidak menimbulkan kesan sampingan. Menggunakannya berlebihan hanya tergangu sementara. Oleh itu badan akan membina system enzim untuk menghadapi bahan berkhasiat, ianya bersedia menghadapi kelebihan.

4. Bahan berkhasiat bertindak lebih baik secara bersatu antara satu sama lain ibarat rantai. Kesemuanya harus bergabung untuk menghasilkan kesan yang lebih baik.

5. Bahan berkhasiat baik diambil bersama makanan. Ianya lebih berkesan menyerap bersama makanan dan mempertingkatkan keberkesanan penghadaman lain-lain factor makanan.

6. Bahan berkhasiat adalah selamat. Tiada satu pun kenyataan yang tercatit mengenai merbahayanya dengan pengambilan vitamin, zat galian dan asid amino.

7. Bahan berkhasiat tidak menghasilkan tindak balas kepada seseorang. Ianya hanya member kesan sekiranya bahan-bahan berkhasiat ternyata kekurangan dalam tubuh badan.

8. Bahan-bahan berkhasiat bertindak secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang. Ia kebiasannya mengambil masa berbulan-bulan untuk mencapai kesan kejayaan.

9. Bahan berkhasiat bertindak merawat terhadap PUNCA penyakit sekiranya digunakan kerana menampung kekurangannya. Jika sesuatu keadaan yang sedia ada itu berpunca dari kekurangan sesuatu bahan berkhasiat yang tertentu oleh itu menambahkannya ketika mengambil makanan dapat mengatasi masalah serta kerosakan yang telah terjadi dan tidak berulang lagi.

10. Orang tua memerlukan lebih banyak bilangan khasiat, oleh kerana factor-faktor kekurangan yang berlarutan begitu lama serta penghadaman yang lemah.

RINGKASANNYA...

Ubat di ambil ketika kita sakit sahaja...

Supplement boleh diambil bila-bila masa... dan yang paling penting minum air banyak semasa mengambil supplement...

Ubat mengandungi dadah yg membolehkan ia bertindak dengan cepat....

Supplement tidak menggunakan dadah tetapi mengandungi banyak vitamin-vitamin yang sihat yg digunakan untuk melawan segala penyakit....

MENCEGAH ADALAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATINYA......



Borak-borak Sihat: 
012-3198354 (Farisya) 013-3528860 (Nasrul) 
SID ID: 912713 

COD: Kampung Melayu Subang / Kota Damansara / Kajang 
POS: Nationwide 

************************************************** 

Fadhilat Asma'ul Husna - Al Khofidh (Maha Menghinakan / Merendahkan) 
Allah Maha Tinggi keadaanNya adalah satu-satunya yang mampu memuliakan makhluk-Nya untuk memberi penghormatan dan satu-satunya yang boleh menjerumuskan mereka ke tempat yang paling hina.