Monday, October 26, 2015

#29: Perbezaan ubat dan supplement

Bismillah...

Topik ni dah selalu baca sebenarnya. Tajuk ni pun jumpa dalam secret group kami. Tapi bila nak recall balik info ni, jadi terlupa ada kat group mana...sebab banyak sangat group ;-P..So, nak simpan dalam blog. Mudah-mudahan senang nak cari lepas ni.

Apa itu ubat? Dalam definisi, ubat bermaksud bahan kimia yang diambil untuk mengurangkan simptom atau mengubat penyakit. Ubat ni ada 2 bahagian: 
(1) ubat am - iaitu ubat yang boleh dibeli di farmasi atau kedai biasa je. Contoh supplement, ubat demam.
(2) ubat terkawal - iaitu ubat yang hanya boleh didapati dengan preskripsi doktor atau ahli farmasi. Terbahagi kepada 2:- ubat terkawal dengan preskripsi. Contoh ubat darah tinggi, ubat kencing manis.
                                 - ubat terkawal tanpa preskripsi. Contoh krim sapu, ubat selsema.  . 

Apa pula maksud makanan tambahan @ supplement ? Ia didefinisikan sebagai bahan organik yang diperlukan dalam badan yang menampung pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan dan pencegahan penyakit. Ia membantu pertumbuhan proses protein, karbohidrat, dan lemak dalam badan. Dah namanya pun 'makanan tambahan', jadi ianya tidaklah dapat memberi selengkap pengambilan sebagaimana makanan biasanya. Ia hanya melengkapi nutrien yang mana berkurang dalam badan.

Sedikit perbincangan:

Medicine ( Ubat )
1. Ubat sama sekali ganjil dengan tubuh badan. Mereka tidak menjadi sebahagian daripada tisu-tisu kita, tidak juga menyumbang bahan-bahan berkhasiat.

2. Ubat ialah ejen-ejen bahan kimia yang kuat yang boleh mengubah fungsi –fungsi secara menggangu tindakan biokimia dan proses enzim.

3. Ubat boleh mengakibatkan kesan sampingan, kebanyakkan boleh kekal dalam badan. Malahan aspirin boleh kekal menyebabkan ganguan dalam perut, pendarahan dalam perut, loya, ganguan penglihatan, ganguan mental, bintik-bintik merah, telinga berdengung, ganguan penghadaman, dan akhirnya kematian.

4. Ubat bertindak baik hanya secara berasingan. Ianya boleh mengganggu satu sama lain dan berkebolehan menghasilkan kesan-kesan sampingan.

5. Ubat baik dimakan biasanya dipertengahan waktu makan untuk mengelakkan hal yang saling mempengaruhi atau pencairan oleh kesan daripada makanan.

6. Ubat berkemungkinan membawa maut. Salah guna atau berlebihan boleh membunuh.

7. Ubat menghasilkan kesan kepada setiap orang. Tidak kira apa keadaan seseorang itu. Seseorang boleh merasai kesan pengambilannya.

3. Ubat bertindak cepat dan menakjubkan, sering mengasar.seseorang boleh menerima kesanya dalam jangka masa yang pendek beberapa minit atau jam.

8. Ubat merawat kesan atau tanda-tanda sakit, tetapi bukanya merawat punca sakit. Ianya hanya menutup kesakitan, disebaliknya ia tidak memulihkan. Tidak ada keadaan badan yang disebabkan oleh kekurangan apa-apa ubat. Contohnya sakit kepala, bukan disebabkan kekurangan aspirin pada sesuatu system.

9. Orang tua biasanya memerlukan ubat pada sukatan yang rendah kerana mudah mendapat kesan sampingan yang serius jika dibandingkan dengan orang muda.

Supplement @ Makanan Tambahan ( Vitamin )

1. Bahan berkhasiat kesemuanya adalah semulajadi dan penting kepada tubuh badan. Jika kita kurang mengambilnya, kita akan mati atau sengsara akibat kelemahan fungsi organ.

2. Bahan-bahan berkhasiat bertindak dengan membantu tindakan biokimia dan pemprosesan enzim.

3. Bahan berkhasiat tidak menimbulkan kesan sampingan. Menggunakannya berlebihan hanya tergangu sementara. Oleh itu badan akan membina system enzim untuk menghadapi bahan berkhasiat, ianya bersedia menghadapi kelebihan.

4. Bahan berkhasiat bertindak lebih baik secara bersatu antara satu sama lain ibarat rantai. Kesemuanya harus bergabung untuk menghasilkan kesan yang lebih baik.

5. Bahan berkhasiat baik diambil bersama makanan. Ianya lebih berkesan menyerap bersama makanan dan mempertingkatkan keberkesanan penghadaman lain-lain factor makanan.

6. Bahan berkhasiat adalah selamat. Tiada satu pun kenyataan yang tercatit mengenai merbahayanya dengan pengambilan vitamin, zat galian dan asid amino.

7. Bahan berkhasiat tidak menghasilkan tindak balas kepada seseorang. Ianya hanya member kesan sekiranya bahan-bahan berkhasiat ternyata kekurangan dalam tubuh badan.

8. Bahan-bahan berkhasiat bertindak secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang. Ia kebiasannya mengambil masa berbulan-bulan untuk mencapai kesan kejayaan.

9. Bahan berkhasiat bertindak merawat terhadap PUNCA penyakit sekiranya digunakan kerana menampung kekurangannya. Jika sesuatu keadaan yang sedia ada itu berpunca dari kekurangan sesuatu bahan berkhasiat yang tertentu oleh itu menambahkannya ketika mengambil makanan dapat mengatasi masalah serta kerosakan yang telah terjadi dan tidak berulang lagi.

10. Orang tua memerlukan lebih banyak bilangan khasiat, oleh kerana factor-faktor kekurangan yang berlarutan begitu lama serta penghadaman yang lemah.

RINGKASANNYA...

Ubat di ambil ketika kita sakit sahaja...

Supplement boleh diambil bila-bila masa... dan yang paling penting minum air banyak semasa mengambil supplement...

Ubat mengandungi dadah yg membolehkan ia bertindak dengan cepat....

Supplement tidak menggunakan dadah tetapi mengandungi banyak vitamin-vitamin yang sihat yg digunakan untuk melawan segala penyakit....

MENCEGAH ADALAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATINYA......



Borak-borak Sihat: 
012-3198354 (Farisya) 013-3528860 (Nasrul) 
SID ID: 912713 

COD: Kampung Melayu Subang / Kota Damansara / Kajang 
POS: Nationwide 

************************************************** 

Fadhilat Asma'ul Husna - Al Khofidh (Maha Menghinakan / Merendahkan) 
Allah Maha Tinggi keadaanNya adalah satu-satunya yang mampu memuliakan makhluk-Nya untuk memberi penghormatan dan satu-satunya yang boleh menjerumuskan mereka ke tempat yang paling hina.

No comments:

Post a Comment

Jom Komen! ;-)