Thursday, October 23, 2014

#19: Rahsia Che Ta Hamil Di Usia 41 Tahun

Biiznillah..

Siapa tak kenal Che Ta kan? Empunya nama Rozita Che Wan, artis popular negara kita ni. Pada saat ini, dia sedang menunggu hari untuk bersalin...di usia 41 tahun. Haaa kan, tak salah baca tu dan semua orang sedia maklum rasanya, Che Ta sedang hamil di usia 41 tahun! 

Sumber dari Google

Sesetengah orang kata, umur akhir untuk mengandung ialah 35 tahun. Ini kerana adalah sangat berisiko untuk ibu-ibu yang mengandung di usia lewat. Hmmm, menarik topik ni. Kita kenalpasti dulu risiko-risiko yang ada ye. 

(Diambil daripada sumber Berita Harian bertarikh 03/03/2011. Saya ambil ringkasan saja la ye.)

Antara sebab mengapa wanita tidak digalakkan mengandung di usia yang meningkat ialah:
- wanita kategori ini mempunyai tahap kesuburan yang rendah kerana kualiti telur sudah menjadi kurang dan proses ovulasi mungkin tidak terjadi setiap bulan. 

- wanita di usia ini kerap dikaitkan dengan masalah sistem peranakan seperti penyakit endometriosis dan fibroid. Jadi, peluang untuk hamil secara semulajadi adalah sukar.

- masalah kronik seperti kencing manis dan darah tinggi adalah tinggi di kalangan wanita lanjut usia. Risikonya bukan hanya pada ibu, tetapi juga kepada bayi yang dikandung.

- risiko melahirkan anak yang cacat sering berlaku. Ini mungkin disebabkan kromosom tidak normal yang berlaku kepada telur.

- peratusan keguguran lebih tinggi untuk wanita hamil yang berusia 40-an, berbanding dengan wanita hamil yang berusia 20-an.

Macam ngeri bila dibaca. Akan tetapi, ini tidaklah bermakna tidak boleh mengandung untuk wanita yang lanjut usia. Masih boleh. Cuma mesti dipastikan wanita hamil itu mestilah mempunyai tahap kesihatan yang optimal, jaga pemakanan supaya bayi dan ibu mendapat khasiat yang secukupnya, ambil asid folik untuk mengurangkan risiko kecacatan, jangan ambil sebarang ubat, herba atau makanan tambahan tanpa merujuk kepada doktor, dan amalkan kehidupan yang sihat (eg. tidak merokok dan tidak mengambil minuman bergas).

Jadi, apa rahsia Che Ta hamil di usia 40-an? Jawapan Che Ta: Lebihkan masa dengan suami, kurangkan aktiviti seni untuk memberi lebih tumpuan kepada suami tersayang, banyakkan rehat, elakkan kerja-kerja berat dan ambil pemakanan yang sihat.

Sumber dari Blog

.
.

Ok, takkan ni saja..Semua orang pun tau hal macam ni. 

Hehehehe...sebenarnya, untuk hamil, kena bersedia dari awal. Seawal mana?...ini subjektif. Bersedia untuk apa?...bersedia untuk hamil lah. Kita tak tau kitaran badan kita di tahap mana. Tapi rahsia Che Ta kita ni sebenarnya ialah dia telah bersedia lebih awal. Sudah tertulis dia akan hamil ketika baru 4 bulan kahwin ditambah dengan usia yang lewat. Tapi ini tak mungkin terjadi kalau badan Che Ta tidak dalam keadaan yang sihat dan mudah hamil. Seawal masih berstatus anak dara, Che Ta dah mula jaga dirinya. Dia tak ada isu nak ambil suntikan untuk kekal cantik dan dia tak selalu ber-spa (hanya buat beli lulur, mask dan serum untuk rambut dan buat rumah sahaja). 

Jadi apa yang dia buat? Jawapannya....



Haaa, kannn...Nampak tak permainannya di situ?...

MAKANAN TAMBAHAN...SUPPLEMENT...

Memang la dia tak ambil Shaklee. Key dia di sini ialah betapa supplement memainkan peranan penting dalam hidup kita. Bukan nak nafikan nutrien utama yang ada dalam makanan yang kita ambil. Tapi dalam dunia yang ideal sekarang ni, kadang-kadang cara kita masak pun menyebabkan kita ada 0-zero-kosong-nada- nutrien. Betapa ruginya kita kalau kita sedar, kan..Kat mana lagi nak cari nutrien-yang-hilang tu kalau bukan dengan supplement.

Tak kira supplement apa yang anda ambil (sebab anda yang bertanggungjawab dengan badan anda...so, choose wisely...;-)), yang penting anda perlu jaga diri anda. Bagaimana anda jaga diri anda, anda yang tentukan. You are in control of yourself, dear ;-)




Hubungi:
012-3198354 (Farisya)
SID ID: 912713

COD: Kampung Melayu Subang / Kajang
POS: Nationwide

**************************************************
Fadhilat Asma'ul Husna - Al Mutakabbir (Maha Megah; Maha Memiliki Kebesaran)

Jika sentiasa dibacakan sebelum memulakan pekerjaan atau kerjaya, maka hasiknya akan menjadi lebih sempurna; Insya Allah.

No comments:

Post a Comment

Jom Komen! ;-)