Friday, April 10, 2015

#21: Minda Yang Sihat - Part I

Biiznillah... 

Setiap bulan Shaklee mesti ada buat Health & Wellness Talk pasal topik2 tertentu. Dan Insya Allah, setiap bulan mesti join salah satu kelas ilmu ni. Boleh nak baca sendiri...tapi lebih baik belajar berguru kan...lebih ummpphhh! hehehe...

Tajuk H&W bulan April 2015 ni pasal Kesihatan Minda. Hari tu join yang kat Hotel Amani, Bangi. Suka sangat sebab Shaklee dah buat on weekend..dekat dengan rumah lak tu. Jimat borang cuti ai. Hehehehe…

Nutritionist Shaklee, Nurul Hidayah, start dengan soalan macamana nak kekalkan minda kita supaya kekal tumpu dan sentiasa fokus; penting sangat ke nak jaga minda ni.. okey, pernah tak korang alami keadaan yang:
-   Kita nak sebut satu2 perkataan tu, tapi tak tercakap nak cakap apa. Dok ‘uu’ ‘aaa’ ‘yang tu’ ‘yang tu’…
-    Mudah sangat kita ni lupa kat benda2 yang baru berlaku. Contohnya, nama kawan baru atau apa yang kita baca sebentar tadi.
-    Sukar nak buat keputusan yang betul. Dok ‘eh, yang ni lah’, ‘yang tu yang tu’, ‘mana2 je lah’..
-    Lupa letak barang kat mana..baru je pegang , lupa letak kat mana dah
-    Susah nak fokus atau ingat pelajaran yang baru kita belajar
-    Emosi tak stabil…sikit2 kecik hati, sikit2 merajuk…(kurang neurotransmitter la tu ;-p)


Dan, banyak lagi la yang berkaitan short term memory lost macam si Dory tu..(eh, tetiba termasuk pulak cerita Finding Nemo ni..haha)..lama2 boleh jadi long term memory lost okeh! Bahaya!

'Dory'Si Pelupa yang baik ;-



Semua ni berkaitan dengan minda @ otak kita. Kalau nak tau, segala perilaku kita ni dikawal oleh minda kita ni. Segala pemikiran, perasaan, kelakuan, perancangan, pekerti, tingkahlaku, keputusan, interaksi, penilaian…semuanya dikawal oleh minda manusia. 




Dengan minda yang sihat, kita akan jadi lebih gembira, lebih positif, selalu senyum, lebih sihat, lebih bijak, mudah buat keputusan yang bijak dan pastinya lebih berjaya.

Tapi, kalau minda kita tak sihat, haaa...mudah sangat kita ni nak rasa sedih, mudah kecik hati, mudah sakit, kurang bijak dan kurang berjaya dalam apa yang dibuat.

Apa makanan utama otak kita?
Makanan utama otak sebenarnya ialah Glukos. Glukos akan digunakan untuk hasilkan tenaga untuk sel2 otak kita. Glukos dalam badan kan akan membentuk tenaga untuk kita. Sebenarnya sel2 kita tu yang perlukan tenaga untuk kita bergerak.

Otak juga memerlukan oksigen dan darah. Kenapa kalau tak cukup tidur, kita akan rasa susah nak fokus? Sebabnya tak cukup oksigen sampai ke otak dan aliran darah tak berapa baik. Badan tak cukup rehat, perjalanan darah dan oksigen dalam badan pun terganggu.

Otak pun boleh tercedera.Antara perkara2 yang mencederakan otak:
- eksiden (cedera secara fizikal)
- darah tinggi, kencing manis, kurang bersenam (aliran darah perlahan)
- kurang tidur (aliran darah kurang lancar)
- ubat2 & alcohol
- obesiti (orang obes kurang aktif dan orang obes ni ada banyak sel lemak..jadinya, darah dan oksigen akan diserap ke dalam lemak dulu, instead of pergi ke otak)
- merokok

Jadinya, bagaimana cara nak jadikan otak kita sihat? Banyak benda yang kita boleh buat nak pastikan otak atau minda kita sentiasa sihat dan cerdas. Antaranya:
- buat hubungan social @ ada interaksi dengan individu lain (bukan hubungan sulit okeh!)
- belajar benda2 baru
- buat aktiviti fizikal @ senaman
- cukup tidur (bahan2 buangan daripada otak dibuang ketika kita tidur..jadi, kalau tak cukup tidur, tersimpan la bahan2 buangan tu dalam otak)
- senaman
- sentiasa ada rasa bersyukur, meditasi
- pangambilan supplement yang sesuai

Untuk otak berfungsi dengan lengkap, ia berfungsi bersama2 dengan saraf tunjang dan saraf2 halus lain yang ada dalam badan. Contohnya, nak gerakkan tangan kanan; signal akan diberi oleh otak kepada saraf tunjang dan digerakkan kepada saraf2 yang ada di tangan kanan. Barulah satu pergerakan itu akan terhasil.




Apa yang membentuk struktur otak kita?
-    Sel2 saraf (dipanggil neuron) : neuron ada badan yang dipanggil nucleus. Nucleus ni ada DNA, genetik dia. Dan ada bahagian yang panjang yang ada kaki2 untuk hantar signal kepada saraf2 kita. Satu saraf kepada saraf yang lain, tidak bercantum; ada jarak antara mereka. Jarak ni dipanggil sinaps. Bila signal2 sampai kat hujung saraf, signal2 ni akan melompat ke saraf yang lagi satu tu.

Gambarajah neuron kita

-   Signal melompat daripada satu saraf kepada saraf yang lain dengan menggunakan neurotransmitter. Neurotransmitter yang akan bawak signal daripada saraf A kepada saraf B.

Neurotransmitter mempunyai 4 jenis :

1- Acetycholine: neuron untuk perhatian, pelajaran, ingatan

2- Serotonin: neuron untuk membina keyakinan diri, hasrat seksual
- kekurangannya boleh menyebabkan => stress, panic attack

3- Dopamine: neuron untuk motivasi, kreativiti, kawal gerakan
- kekurangannya boleh menyebabkan => parkinson

4- Noradrenalin: neuron untuk tenaga fokus, waspada

Selain itu, ada juga masalah2 kognitif yang dihadapi oleh otak manusia. Antaranya:
1- Otak akan kehilangan berat setiap tahun; berkurang 1gram setahun…jadinya otak akan semakin mengecil apabila lanjut usia. Bila berat berkurang, bermaksud kuranglah ruang untuk simpan memory dalam otak. Efeknya, berkuranglah daya ingatan kita ni.
2-  Otak semakin lembab untuk menerima benda2 baru atau kurang ingatan sebab:
-          Otak akan kehilangan 50% neuron yang membentuk acetychlorine
-          Otak akan kehilangan 35 – 40% neuron yang membentuk dopamine
-          Otak akan kehilangan 35 – 40% neuron yang membentuk serotonin

Nutritionist juga ada share antara kes2 yang melibatkan penyakit otak ni. Antaranya:

Case study: Alzheimer

- Dikenali juga dengan nama penyakit “The Long Goodbye”...lupa lak kenapa nama samaran dia gitu..nanti dah jumpa, edit balik..hehe
- First, penyakit ni akan ganggu daya ingatan short term memory kita. Mudah terlupa apa dia buat semalam, baru2 ni, etc.
- Kalau tak dikawal, dia akan mula ganggu daya ingatan yang lain pulak. Ganggu bahagian otak yang di bahagian emosi, bahagian memori yang lama2, dan bahagian yang kawal pernafasan dan jantung kita. Lama2 vanish macam tu je ingatan kita.
-  Boleh bawa kepada kematian okeh!
-  Untuk elakkan dapat penyakit Alzheimer, kena pastikan otak kita kurang hasilkan plak Amiloid. Plak Amiloid terhasil apabila ada banyak free radikal dalam badan kita. Selalu stress, akan create banyak free radikal. Udara yang tak sihat yang disedut setiap hari, akan mendatangkan banyak free radikal dalam badan kita. Orang yang tak kawal pemakanan, ada kolesterol yang tinggi dalam badan, akan create banyak free radikal dalam badan.


Case study: Parkinson
-   Disebabkan oleh kurangnya neuron yang dipanggil dopamine. Akan menyebabkan pergerakan menggeletar; shaking. Sebab tu doctor akan berikan ubat yang dinamakan Dopamine untuk pesakit Parkinson.

Untuk memastikan kesihatan otak secara menyeluruh, kenalah pastikan otak kita sihat dalam semua dimensi, merangkumi:
- Kesihatan fizikal (selalu bersenam, cukup tidur)
- Kesihatan kognitif (main Sudoku @ teka silangkata, rangsang minda)
- Kesihatan sosial
- Kesihatan emosi (ghairah @ eager terhadap sesuatu, ada passion untuk buat sesuatu)
- Kesihatan nutrisi (yang ni dari segi pengambilan makanan tambahan..of course Shaklee!! haha)


Okey, sampai ni je topik hari tu. Tapi ada sambungannya lagi. Nanti kita jumpa dalam Part II okeh! (entry panjang sangat nanti..hehe)


Hubungi:
012-3198354 (Farisya)
SID ID: 912713

COD: Kampung Melayu Subang / Kajang
POS: Nationwide

**************************************************
Fadhilat Asma'ul Husna - Al Razzaaq (Maha Pemberi Rezeki)

Sesiapa yang meniup di setiap sudut rumahnya selepas membaca nama ini 10 kali sebelum Fajar, Allah s.w.t. akan membuka pintu rezeki untuknya; Insya Allah.

No comments:

Post a Comment

Jom Komen! ;-)

There was an error in this gadget