Monday, June 8, 2015

#25: Vitalea dah 100 tahun!

Biiznillah..



Kalau nak tau, produk Shaklee yang paling evergreen dan tertua sekali ialah...Vitalea! Produk ini adalah yang pertama sekali Dr. Forrest C. Shaklee cipta pada tahun 1915. Nama asalnya Vitalized Minerals. (Dan tahukah anda, perkataan 'VITAMIN' yang digunakan sekarang berasal daripada produk ini!..hehehe) Asalnya, rupa botol Vitalea tu macam ni:

Rupa bentuk Vitalea pada tahun 1915
Tapi sekarang, rupa dia dah macam ni:

Rupa bentuk Vitalea pada tahun 2015

Disebabkan dia adalah produk yang pertama sekali dicipta ole Dr. Shaklee, maka secara tak langsung Vitalea dah jadi macam produk utama Shaklee di antara banyak2 produk Shaklee yang lain. Dr. Shaklee mencipta Vitalized Mineral ni untuk diberikan kepada pesakit yang telah menjalani pembedahan. Ia dirumus khas untuk dijadikan sebagai kegunaan harian - yang mengandungi kandungan vitamin dan mineral yang meluas.

Dr. Shaklee berpendapat untuk mengekalkan keupayaan tubuh badan manusia berfungsi dengan baik dan mengekalkan kesihatan yang baik untuk sepanjang hayat, vitamin dan mineral yang diambil perlulah diperoleh atau diolah melalui seberapa banyak bahan-bahan semulajadi => dan ini yang menjadi filosofi @ pegangan pihak syarikat sehingga ke hari ini. Seiring dengan kemajuan dalam bidang pemakanan manusia, ahli2 sains R&D Shaklee akan memastikan rumusan baru untuk Vitalea (dan juga produk2 lain) dipertingkatkan dengan lebih baik, termasuk teknologi yang lebih baik dalam penyediaan bahan2 bioavailabiliti yang terlibat.

Sebenarnya, kalau diikutkan, sejak pembuatan awal lagi, Vitalea dah melalui banyak proses pembaikan, atau orang panggil inovasi. Di Shaklee Canada, asalnya ada satu jenis Vitalea untuk dewasa, yang mengandungi iron@zat besi. Basically, untuk remaja yang semakin meningkat dewasa, wanita hamil dan orang dewasa (lelaki atau wanita) yang kekurangan zat besi. Kemudian apabila kajian saintifik dibuat menunjukkan bahawa lelaki dewasa dan wanita menopos tidak memerlukan zat besi tambahan (sebab mereka di sana mendapat cukup keperluan zat besi melalui diet harian mereka), maka Shaklee pun cipta pula Vitalea tanpa zat besi.

Apabila penduduk Amerika Utara menghadapi fasa generasi 'Baby Boomer', Shaklee cipta pulak Vitalea Gold yang dirumus khas untuk orang dewasa yang berusia lebih 50 tahun (ada extra anti-oksida)..(Kau dah kenapa ni Opie cerita pasal Vitalea dah masuk Baby Boomer pulak...adooo, pening....huhuhu..eh, tapi menarik pulak cerita Baby Boomer ni...ada yang nak tau ker?kalau nak tau, boleh kita bukak entry baru kan...)..Kiranya antara tahun 1946 hingga 1964 laaa penciptaan Vitalea Gold nih..

Dan kemudian pulak, bila saintis2 Shaklee buat penyelidikan, they found out sesetengah orang dewasa ni tak memerlukan Vitamin K pun dalam diet harian mereka. Biasanya untuk mereka yang berusia lebih 50 tahun yang mengambil ubat anticoagulant (ubat anti penipisan darah) dan perlu mengelakkan sebarang pengambilan diet yang mengandungi Vitamin K. Vitalea ni diorang namakan Vitalea Gold Tanpa Vitamin K.

Terbaru, Shaklee keluarkan pula Vitalea For Children, dirumus khas untuk anak2 kita yang pastinya mereka memerlukan nutrisi yang seimbang untuk tumbesaran mereka.

Vitalea for Children yang ada di pasaran Malaysia

Tapinya, yang dijual di Malaysia hanya Vitalea With Iron Formula dan Vitalea for Children je. Yang banyak2 tu tak masuk pasaran Malaysia pun.

Jadi, bersempena dengan meraikan umur 1 Abad untuk Vitalea, sepanjang bulan Mei 2015 hingga Oktober 2015, pihak Shaklee dengan berbesar hati akan memberi sebotol Vitalea secara PERCUMA kepada semua ahli-ahli yang baru mendaftar, dengan sedikit syarat yang minimal. Eh, berbaloi ni...sapa yang tak nak!

Satu, sebab barang FREE...memang payah sikit orang kata tak nak...
Dua, jimat RM88 ni harga dia! Lagi2 kalau ada yang nak beli produk lain dengan Vitalea sekali, boleh dapat Vitalea macam tu je dengan harga RM69!(RM69 ni ialah lifetime membership fees)

So, jom! Roger saya...saya akan terangkan lebih detail lagi pasal ni ;-)




*Sumber info: Technical Services Dept. Info. Sheet, Shaklee Canada Inc.


Hubungi: 
012-3198354 (Farisya) 013-3528860 (Nasrul) 
SID ID: 912713 
 COD: Kampung Melayu Subang / Kota Damansara / Kajang 
POS: Nationwide 

 ************************************************** 

Fadhilat Asma'ul Husna - Al-A'liim (Maha Mengetahui) 
Sesiapa yang membaca nama ini dengan banyak, Allah s.w.t akan membuka pintu pengetahuan dan hikmah untuknya. Hatinya akan dipenuhi dengan Makrifah Allah s.w.t.

3 comments:

  1. huhuu..botol ubat kan shakelee dulu..tapi tak sempat pun tgk botol cam tu, kalo tengok botol hitam tu.. ubat klinik la...

    ReplyDelete
  2. huhuu..botol ubat kan shakelee dulu..tapi tak sempat pun tgk botol cam tu, kalo tengok botol hitam tu.. ubat klinik la...

    ReplyDelete
  3. salam singgah.. :) kakak saya pun agen shaklee.. cyst yang ada di rahim pun mengecut dan hilang hasil amalan produk shaklee ni :)

    ReplyDelete

Jom Komen! ;-)

There was an error in this gadget